Wednesday 3 July 2013

AKIL

Malam tadi aku sedikit bizi. Balik je terus masak untuk makan malam  sambil menyambil membasuh kain baju bertimbun-timbun Syukur Alhamdulillah dalam masa tak sampai 3 jam  segala urusan aku beres. Selepas segala urusan beres aku pun  terus masuk ke bilik termenung untuk mandi koboi. Selepas mandi koboi  dan menguruskan diri , aku terus masuk bilik . Masa tu  adik  tengah leka menyusun bongkah-bongkah  kayu dengan lego.Aku tanya adik.

"Malam ni adik nak tengok cd tak?
"tak nak lah,! kenapa mak tanya? mak nak tengok cd ke,?" tanya  adik sambil menyusun bongkah-bongkah kayu.
"ye, adik tolong bukakkan mak cd cite KIL." Malam tadi masuk malam kedua aku tengok cite tu.
"mak tengok cite KIL ni lagi? Adik tersenyum sambil  memasukkan cd dalam cd/dvd player.
"ye. kenapa,? adik  ada masalah ke?  Aku senyum jer kat dia  sambil membaringkan badan di atas katil.
"saja je,"jawab adik selamba 
"adik!! lepas main simpan elok -elok mainan tu  dalam bekas. Kalau boleh tolong  tutupkan  lampu tu sekali ye.Mata mak ni cepat silau."
Dalam tengah aku leka melayan siaKIL adik cakap nak makan nasi.Aku yang sedang   asyik mashyuk melayan  siAkil seolah-olah tidak mahu berganjak walau selangkah pun.......
"mak!!adik nak makan, "jerit adik dari dapur.
"okey!!I'am coming."   Aku bergegas keluar bilik menuju ke meja makan. Aku cedukkan nasi dengan lauk untuk adik. Demi  AKIL aku  paksa adik makan kat dalam bilik. LA LA LA LA LA



Adik yang pandai buat sepah tapi liat nak kemas
Terkangkang

Tengok KIL sambil mengudap  keropok kacang hijau 
                                                         
                                                          Hero dan heroin masa depan
Hero yang tidak  perlu aku  perkenalkan lagi 
Dalam filem ada filem

Pengikut Tegar : )