Thursday, 20 June 2013

Rezeki, ajal dan jodoh dah tertulis di Luh Mahfuz .Apakah kesudahan percintaan Shahrul Azwan dan Khirana???

Ada orang yang sanggup kunci jam , alarm handphone  pukul 10.00pm semata-mata tak nak terlepas menonton epilog cinta khirana.Tekalah saper orang tu???? Ceritanya semakin mendebarkan dan membuatkan penonton tertanya -tanya kesudahan pencintaan Shahrul Azwan dan Khirana? Masih ada juga yang tak mahu pahala berjaga  sampai tengah malam untuk melakukan solat  tahjjud dan segala solat sunat , manusia manusia haishhh tetiba je terasa diri  ustazah pilihan : )

Inilah saat yang aku tunggu selama ni , Shahrul Azwan  melamar  Khirana dalam suasana yang agak romantis .Apasal mamat ni handsome sangat . Aku baru kenal mamat ni  Nazim Othman, itu pun selepas tengok  Samarinda epilog cinta khirana dan Lestary kisah cinta. Seriouslly ,first time melihat kelibat  Nazim Othman  dalam Epilog cinta khirana, aku mengaku  jatuh cinta pada lakonannya .Tapi percayalah  dalam dunia realiti tak kuasa aku heh dengan  lelaki macam Nazim Othman ala ala pria yang menonjolkan aspek -aspek feminin dan metroseksual. Tak naklahhhhh, muka tak ganas. ..masalahnya sekarang dia nak kat aku ke?????????????ha ha ha.

Tiba-tiba je aku  teringat kisah aku dan my laling, Berkawan sebulan dan  terputus hubungan.Siapa menyangka  kami bertemu  semula 5 tahun   kemudian. Selepas   menyambung semula  percintaan,  dua bulan kemudian kami mengambil  keputusan berkahwin. Hari yang dia lamar aku,Petang tu my laling  jemput aku dari tempat kerja. Berlezuppp dia bawak aku ke rumahnya. Suasana sunyi menyelebungi rumahnya seolah tak de penghuni lain.Cuaca kat luar semakin gelap dan berjerebu. Scary kawasan ala ala  sarang perlacuran. My laling suruh tutup mata , aku tutup... "nak bajet cincin lamaran dalam tiram konon,"aku kata dalam hati. Sejurus kemudian terasa seperti jari manis ku disarungkan cincin. Aku  terus  membuka mata OMG "cincin  bvlgari(dalam mimpi)" My laling kemudian melutut dan berkata "sudikah awak berkahwin dengan saya." Finally, Brad pitt lamar Angelina Jolie.  Masa tu  jelas sekali  ke tak  romantika   suami aku kalau Nazim Othman yang melutut ada gak nampak romantisnya.
 
Antara kenangan yang aku tak boleh lupa adalah  selepas  upacara "AGAMA" akad nikah my laling kena   ikut  ADAT  orang kita  "batalkan air sembahyang"   sepatutnya  my laling kena sarung cincin kat jari manisku, ha ha ha yang kelakarnya dia boleh hulur cincin  tu kat aku macam tu je "amik ko" masa tu tok  kadi terus suruh  dia  sarungkan  cincin tu kat jari aku.Biasalah orang tangah nebes. Sepanjang hari my laling tersengih-sengih kambing.




Nazim Othman


Tasha Shila








Akhir sekali percayalah ini bukanlah  kisah romantis pasangan Shah Jehan dan Mumtaz mahal tapi ini hanyalah kisah pasangan yang sering bertengkar melalui sms ,akulah tu ,tak dapat marah face to face dengan suami  aku suka hantar sms berbaur sxx dan  ugutan. Alah relaxlah cara macam tu kan boleh release tension .














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .





Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang