Tuesday, 25 June 2013

Kes cabul, tercabul, mencabul dan pencabul telah dibuka semula .saper yang bersalah?


kes cabul pertama


Tak ku sangka tak ku duga  kes tunjuk anu dalam botol   yang ku anggap kes paling sopan santun dalam dunia   telah diberi liputan meluas oleh kuncu-kuncu detektif conan . Aku telah dihubungi oleh isteri detektif conan melalui talian handphone  pada hari Jumaat  21 Jun 2013 pukul 7.55 pagi. Masa dia call aku tengah bercuti bukan cuti-cuti Malaysia ,cuti sebab nak  attend hari terbuka perbincangan prestasi pelajaran murid di sekolah Firdaus ..Menurut kata isteri detektif conan ,   suspek  telah ditangkap  pada hari khamis lepas (if I not mistaken) dirumahnya di Sg .ketam keylang  untuk disoal siasat .  Katanya lagi, tangkapan itu dibuat berikutan aduan mangsa pertama  mengenai kegiatan suspek yang menunjukkan anunya tanpa rasa bersalah ditempat awam.Saya bantah yang arif.
 
Detektif conan cuba memujuk  mangsa kedua  untuk tampil menjadi saksi  bagi menguatkan aduan budak perempuan yang perasan tercabul .Tapi entah mengapa wajah  mangsa  kedua  berubah dan  tiba-tiba bertindak agresif  tidak mahu memberikan kerjasama sebaik saje  mendengar  perkataan 'POLIS' .Selepas pasangan detektif conan menyiasat  latar belakang mangsa kedua maka terbongkarlah rahsia mangsa kedua allergic dengan polis dan hilang konsentrasi  atau menjadi pelupa bila berada dalam kantor polisi.


Suspek tidak menunjukkan keseluruhan anunya.Yang aku cuma nampak telurnya yang besar seakan-akan telur unta. Mengikut kajian rambang  aku suspek yang  telah beristeri dan mempunyai dua anak ini  baru nak berjinak-jinak  dengan kegiatan menunjukkan  anu. Tapi nasib suspek  agak malang kerana mangsa pertama yang perasan  tercabul  telah melaporkan kejadian tunjuk-tunjuk anu ke kantor polisi.

Kes Cabul kedua




Kes cabul !!!!! Segera aku teringat kes malam tadi. Semasa aku hendak kebilik air untuk mandi ,Firdaus mengunjuk  kearah gambar dibuku Pendidikan Jasmani  dan Kesihatan(PJK) miliknya

 "mak, cabul tu apa?"tanya Firdaus bersungguh-sungguh. Berkali-kali aku menelan air liur menahan perasaan. Aku pantas mengambil buku PJK tu daripada tangan  Firdaus.

"hurmm, macam mak nak terangkan kat Firdaus ni  ye." Aku buntu. Firdaus Kerutkan muka dan tak sabar nak tunggu jawapan dari mulut aku.

"cabul tu macam akak dengan mak  ramas    bon tot dan tet tet adik tu. Firdaus faham apa maksud mak?" soalku

"Maksudnya mak  dengan akak cabul Firdaus ?  Firdaus  tanya berulang kali.

Bila badan tengah penat otak serabut  malas aku nak explain lebih, lelagi baru  selesai melakukan tugasan , membasuh kain dan mengemas rumah,  "haishhhh  ko ni, contoh je mak dengan akak."Aku ketap bibir.

"mak, maksudnya  perempuan kacau perempuan je boleh? Firdaus bercakap dengan penuh semangat.

"tak pelah dik, mak mandi pergi mandi dulu, nanti kita sambung ye."













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang