Thursday, 20 June 2013

Hati dan fikiran manusia ni bukan boleh dijangka........................


Sepanjang kak limah bercuti, aku menumpang kereta kawan ofis yang seorang lagi  untuk pergi tempat kerja. Kawan ofis aku ni , waktu pejabatnya  sama dengan aku jadi sebelum masuk ofis sempatlah kitaorang bersarapan dulu  di gerai@warung kat kampung Pulau Indah.Termasuk hari ni dah 4 hari aku bersarapan nasi lemak dan Teh tarik.Ekceli aku teringin nak makan roti canai tampal tapi gerai menjual roti canai yang mahu kami tuju kelihatan tertutup rapi pulak, jadi  terpaksalah  kami ke  gerai lain yang sah sah tak de roti canai .Kenapa ye? Dalam minggu ni 3 hari berturut-turut    kawan ofis  order  depan mata aku roti  canai  tampal  tapi aku buat tak parua je, tup tup tup pagi tadi  bila tekak ni  teringin nak makan roti canai  tampal  gerai yang menjual  jual roti canai tu tetiba tutup pulak..Aku  sedikit benggang dengan sikap peniaga makanan yang sesuka hati jiwa dan raga nak tutup gerai/warong.

Gerai yang aku pergi tadi adalah dalam 2-3 kali aku bersarapan kat situ ikut kawan .Pagi tadi  kawan aku makan nasi lemak telur sebelah dengan sambal sotong, minuman pulak dia order nescafe ais. Aku makan nasi lemak telur goreng dengan sambal kerang. Tapi bab  order minuman kelakar sikit , bila aku bagitahu dia yang aku nak teh , 3-4 kali dia  tanya samada aku nak letak ais atau tak. Aku cakap kat dia yang aku nak teh. Akhir sekali dia cakap confirm ye tak nak ais. Konpiussss  aku salah cakap ke?

4 hari berturut-turut aku makan nasi lemak.Rezeki tak baik ditolak kan?
Inline image 3

 4 hari berturut-turut minum teh, korang rasa aku kena sindrom apa?
Ni bukan aku, ni kawan aku yang masih single and available








Tarikh : 20 June 2013, Khamis
Lokasi : Salah sebuah gerai/warung kat Pulau Indah
Peristiwa : Jalan-jalan cari sarapan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .










Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang