Friday, 3 May 2013

Top 5 easy breakfast recipes; Aneka resepi dari roti Gardenia

Sungguhpun  dekat Malaysia ni terdapat pelbagai jenis jenama roti  namun roti Gardenia dengan roti Massimo tetap dihati.Terutama roti Massimo dengan wheat germ dan roti sandwich Gardenia. Aku memang simpan kedua jenis roti tersebut kat rumah, bukan apa. Nanti bila  mood kerajinan sampai bolehlah aku buat  sarapan gunakan roti sebagai bahan utama.tak gitu kak ton??comel tak kak ton??????


Bahan untuk membuat 4 keping roti telur  frankfurter ayam bercheese
1) dua lapis cheedar cheese spreed-dihiris memanjang
2)3 biji telur ayam
3)2 batang frankfurter ayam Ramly -dihiris nipis secara menyerong
4)4 keping Roti Gardenia Bran and Wheat Germ
5)1/2 labu bawang  besar-dihiris nipis
6)50ml fresh milk
Bancuh telur bersama hirisan  bawang besar,  sedikit garam, fresh milk dan sedikit mixed herb .Kacau hingga sebati
1)Panaskan chefal, lengserkan permukaannya dengan sedikit butter
2)Celup roti dalam bancuhan telur, pastikan rata, jangan celup lama sangat.
3)Letak roti tadi di atas permukaan chefal  yang telah dilengserkan dengan butter-guna api sederhana
4)Susun hirisan frankfurter ayam Ramly mengikut kreativiti kengkawan kemudian susun cheese diatasnya

5)Bila bahagian bawah dah  garing, perlahan-lahan terbalikan roti tadi
Pandai-pandailah pantau roti kita supaya tak hangit
Roti frankfurter ayam bercheeseku yang dah terlebih garing
 Pagi tu, frankfurter ayam pun aku grill jugak
Juadah breakfast kami(Frankfurter ayam grill,telur dadar(dari lebihan bancuhan telur) dan roti telur frankfurter ayam bercheese*nalar punya nama roti*
Sibusyuk masam aku ni makan frankfurter ayam dengan telur je
Semangat tu nak pergi sekeolah


Tarikh : 27 April 2013, Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Breakfast



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang