Friday 3 May 2013

Gigi dan doktor gigi ; Antara ego dan pendirian............

22 April 2013,sepanjang malam aku tak boleh tidur menahan sakit gigi . gigi geraham belah tengah aku  berdenyut-denyut, koyok habis separuh bungkus, minyak kapak tinggal separuh botol  namun ianya tidak mampu meredakan denyutan di geraham ni.Waktu itu , aku hanya mampu merintih dalam hati memohon  pertolongan  Allah SWT  agar kesakitan ini berkurangan

Keesokan harinya , aku mengambil keputusan untuk ke klinik gigi yang biasa aku kunjungi iaitu klinik gigi Pelabuhan Kelang . Kebetulan pulak masa tu yuyi berada kat rumah, bolehlah aku minta dia tolong bawakan aku  ke klinik gigi. Pada hari yang sama pulak dia dengan gula hack memang  nak cuci gigi kat klinik gigi yang biasa dia  kunjungi kat area Kelang . Dah alang -alang dia hantar aku ke klinik gigi why not dia dengan gula-gula hacks cuci gigi sekali  kat situ.*amboi kemain makcik tempe omputih gitu*

Selepas aku siap mengregister apa yang patut,datang pembantu doktor perempuan berwajah dingin  bertanya  kepada yuyi

Pembantu doktor : ni nak cabut atau  nak cuci gigi? nak cuci kena tunggu lama sikit.

Yuyi : saya nak cuci gigi .Agak-agak berapa lama boleh siap.
 
Pembantu doktor(intonasi suara dingin) : lama jugaklah, kenapa ? ada nak plan ke mana-mana ke?


Aku mencelah : rasanya boleh siap sebelum pukul satu tak? doktor kat sini  mungkin tak perlu ambik masa yang lama untuk cuci gigi anak makcik ni sebab dia kerap lakukan pemeriksaan  ke doktor gigi setiap 6 bulan sekali secara rutin.

Pembantu doktor (intonasi suara tegas) :kos cuci gigi setiap klinik berbeza...kat sini costnya lebih kurang  RM100ke atas

Yuyi : Okeylah dik, terima kasih.

Saat itu dapat kulihat air muka yuyi  berubah

Dia bagitahu aku yang dia dengan gula-gula hack nak cuci gigi kat klinik  gigi Fernandez bersebelahan dengan klinik gigi yang aku nak cabut gigi ni.Dalam sejam lepas tu dia dengan gula-gula hacks datang jumpa aku.Mereka  dah siap pun cuci gigi kat Klinik gigi bersebelahan, cuma tinggal tunggu giliran aku cabut gigi.je.

Masa tengah tunggu giliran cabut gigi, yuyi meluahkan perasaan,dia  bagitahu aku yang  dia tersangatlah marah  pada   pembantu doktor perempuan  tadi. Pada yuyi perbuatan budak perempuan  tu tak beradab. Dia tak paham kenapa budak perempuan tu nak mention pasal cost. Dia ingat kita tak mampu nak bayar ke? Tegasnya lagi , pasal duit jangan bangsatlah.Aku kenal yuyi, pada dia duit adalah dalam senarai isu sensitif.Jangan berkira pasal duit dengan keluarga , adik beradik dan sahabat handai.  "DUIT TAK BOLEH BAWAK MASUK  KUBUR,"kata yuyi.




Alahai manjanya anak jantan sorang ni..
Alah anak jantan aku main sorok-sorok............

Setelah semua urusan dental treatment selesai, kami ke Thai salam untuk mendinginkan suasana yang tengah panas.
Saya di Thai Salam Harbour Place
Nasi goreng cina forever
Baru cabut gigi dah tentulah kena teguk air batu sesaje
Tomyam seafood  Thai Salam yang sentiasa dihati
Nasi goreng seafood
Gula-gula hacks order nasi putih dengan daging black pepper
Sotong goreng tepung versi Cheezel.hurmmmmmmmmm
hot plate beancurd
Ayam mangonya sedap






Tarikh : 22 April 2013, Isnin
Lokasi : Klinik gigi Pelabuhan Kelang, Thai Salam, Harbour Place
Peristiwa :  Dental Treatment, Jalan -jalan cari makan




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )