Sunday 19 May 2013

cerita ikan kembung pelaling dan serbuk jintan manis ; juadah makan malam paling mudah

Saper tak kenal ikan kembung pelaling angkat tangan?Bukan susah pun nak kenal ikan kembung pelaling rupanya lebih kurang ikan kembung biasa,seluruh badannya mempunyai sisik halus cuma sizenya agak kecil berbanding ikan kembung biasa.Rasa isi ikan ni manis dan bertekstur lembut  amat sedap jika dimasak asam pedas , asam tumis , asam rebus atau sebagai bahan utama membuat kuah laksa.
Bahan-bahan untuk membuat asam tumis & asam pedas ikan kembung pelaling
1)lebih kurang 7 ekor ikan kembung  pelaling disiang dan dibersehkan kemudian digaram kunyit
2)2 batang terung panjang bersize sedang-buang kulit terung  berselang seli kemudian belah terung kepada 4 bahagian
3)setangkai daun kari
4)air asam jawa -dari bancuhan  500 ml air  dengan 1/2 genggam asam jawa
5)15 tangkai cili kering  -(Rendam cili kering dengan air panas )kemudian kisar cili  bersama  dengan 1cm belacan, 4 ulas bawang merah, 1 cm halia  dan 3 ulas bawang putih.
7 ekor kembung pelaling yang telah digaram kunyit

Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan daun kari
2)Tumiskan  bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
3)Masukkan air asam jawa-biar kuah agak mendidih
4)Masukkan terung-biarkan  terung separuh empuk
5)Masukkan ikan kembung pelaling-kacau dan biar masak sekejap
6)Perasakan kuah dengan garam secukupnya dan secubit serbuk perasa
Bla terung dah separuh masak ,masukkan ikan kembung pelaling.
Asam tumis ikan kembung pelaling

Bahan perapan ayam goreng  terdiri  dari gabungan  rempah kering  yang mengandungi campuran serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih serta bawang putih dan halia kisar , ianya  menjadikan  ayam goreng  rasanya  sedap dan beraroma!! Sebaiknya simpan serbuk jintan manis dan jintan putih  dalam peti ais untuk mengekalkan kesegarannya .
Ayam separuh bahagian dibersehkan dan digaram kunyit. Gaul ayam bersama dengan kisaran  4 cm halia, 6 ulas bawang putih , sesudu besar jintan manis dan jintan putih dan secubit serbuk perasa.Perap selama 30 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
Kanak-kanak amat mengemari ayam goreng yang sedap dan beraroma , lagilah bila  ayam goreng ni dimakan  bersama  nasi panas yang digaul  dengan sedikit kicap.hurmmmmmmmmm tedapnya mak!!!!
Kenapa dik buat muka macam tu?????????
Makin gebus jejari anak ku ni..............
hurmmmm berselaranya dia  makan bila ada ayam goreng 


Sekadar luahan hati


Mulai sekarang aku harus bertekad   untuk merajinkan diri  mengupdate blog  demi memastikan gambar  yang aku telah draftkan dipublish dengan kadar segera: )



Tarikh : 2 May 2013, Khamis
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa Juadah  makan malam


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )