Sunday 19 May 2013

cerita dua hari sebelum PRU 13

Biarpun PRU ke 13  dah berlalu hampir dua minggu  tapi aku baru berkesempatan nak update cerita makan -makan bersama keluarga dua hari sebelum PRU ke 13. Bukan cerita makan bersama keluarga yang  istemewa, ni cuma cerita biasa je  .Petang Jumaat  lepas yuyi ambik Firdaus dari rumah pengasuh dia terus jemput aku dari tempat kerja .Dalam kereta dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah  ;  masing-masing dalam kepala otak sibuk fikir nak makan kat mana? nak makan apa? Fikir punya fikir akhir kami sebulat suara memilih untuk makan di Restoran Thai Salam, Harbour Place
Bibir tukang ambik order tak lekang dari mengukir  senyuman

Gula-gula hack sedang meninjau  menu 
yuyi dan gula-gula hack 
Firdaus  tak sabar  menunggu makanan sampai
Macam manalah siFirdaus pakai selipar tu?
 
Firdaus makan nasi bersama  ayam lemon  dan tomyam
Sizzling hot plate tofu feveret yuyi
ayam lemonnya kali ni agak kering
Kali ni kitaorang order tomyam ayam , takut  nak  order tomyam seafood sebab Firdaus allergic
Tetiba je gula-gula hack nak order nasi pattaya
Yuyi memang suka makan ketam , kalau nak harap aku yang masak ketam  memang lamabatlah. Dia pulak tak berani  nak order ketam kat sebarangan restoran ,dia takut nanti  ketam yang dorang masak tak kena dengan  anak tekaknya.Tapi hari tu entah apa yang  merasuk fikirannya, yuyi  boleh pulak  order ketam.Aduiyaa  rasanya sangat mengecewakan dan memelikkan, isinya entah ke mana aku tak tahulah, cuma yang banyak kulit ketam.Tak moh banyak komplen lenkali tak payahlah order ye dak.
Kami bertiga order  barley ais  cuma gula-gula hacks  je  order milo ais
Nasi goreng belacan pedas meletup untuk yuyi




Tarikh : 3 May 2013, Jumaat
Lokasi : Thai Salam, Harbour Place
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )