Thursday 4 April 2013

Roti frankfurter ayam cheese- breakfast simple dan mudah

Khamis dan Jumaat lepas aku saje  ambik cuti tahun . Cuti dua hari  plus cuti hujung minggu sabtu dan Ahad  terasa sekejap je , sekarang ni masa cepat sangat bergerak. Tapi  yang geram tu ..semasa bekerja aku seolah-olah terasa masa lambat bergerak.Nasib baiklah masa cuti tu aku ngan anak-anak sempat bawak sibongsu  manja masam Firdaus sorang tu jalan-jalan kat Kay ELL, jadi tak delah sia-sia aku ambik cuti.


Berbalik pada tajuk entry; jom kita buat roti frankfurter ayam bercheese

 Roti Massimo germa gandum dan Frankfurter ayam cheese  Ayamas
Bahan-bahan untuk membuat lebih kurang  5-10 keping roti  Massimo germa gandum
1)Roti Massimo
1)5 biji telur
2)sedikit mixed herb
3)sedikit garam
4)satu labu bawang besar-dihris nipis
5)3-5 batang frankfuter ayam cheese-dihiris sederhana nipis
 Cara menyediakannya
1)5 biji telur dikacau bersama dengan sedikit garam, mixed herb dan hirisan bawang besar
2)Panaskan chefal  dan masukkan sedikit butter
4)Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan susunkan hirisan frankfurter cheese ayam di atas dan di bawah roti
5)Letak roti tadi atas chefal.Terbalikkan roti supaya bancuhan telur  dan hirisan frankfurter ayam cheese masak  sekata.
6)Terbalik-balikkan roti tu sehingga masak

Gunakan api sederhanan
Lagi garing lagi sedap: ) sedap dimakan begitu saje dengan sos cili
Kalau suka boleh potong 4




Tarikh :28 March 2013 
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : quick easy  breakfast




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )