Monday 8 April 2013

Menyelusuri Jalan Masjid India KL..................

Hari sabtu minggu ni aku penat,entah kenapa pagi-pagi lagi aku dah kelam kabut macam orang gila, basuh kain yang bertimbun,kemudian sidai kain sambil sidai kain boleh pulak aku menajak rumput di halaman rumah kemudian aku kumpul  semua surat khabar dan majalah lama yang hendak dibuang. Lebih kurang pukul 1 kerja rumah aku beres , siap masak sardin pedas dengan nasi goreng pedas  kebabom lagi.Aku tak jangka pun yuyi ngan gula-gula hack akan balik ke rumah. Aku tahu berjalan makan angin  ni penat, jadi aku tak naklah ganggu dorang .Biar dorang  berehat secukupnya

Alhamdulillah selepas menghabiskan masa 4 hari 3 malam di Langkawi , lebih kurang pukul 12 malam jumaat  yuyi dengan gula-gula selamat sampai ke rumahnya..Tapi tak sangka pulak hari  sabtu tengahari  dorang gigih datang  ke rumah   semata -mata nak bagi aku buah  tangan dari Langkawi . Tetiba aku happy, jangan salah sangka ye, happy bukan sebab dapat buah tangan tapi  happy tengok  dorang makan  nasi goreng pedas dan sardin pedas yang aku masak. Kali  ni kepedasannya  menepati citarasa tekak dorang..Firdaus okey je , dia siap bagi peribahasa "pecah hidung sebab makan pedas".  Entah bila ujudnya peribahasa tu?: )

Aku ingatkan lepas makan Yuyi dengan gula-gula hack akan keletihan kemudian tidur .Rupa-rupanya sangkaan ku meleset, dia terus  bawak kitaorang pergi  KL. Tempat utama yang hendak dituju Jalan Masjid India ,biarpun hampir  10 tahun aku tak jejak kaki  di sini  namun di sini  tetap happening seperti dahulu kala


First time aku tengok Public toilet di pusat bandaraya KL,nampak sangat aku ketinggalan zaman.
Aku  memberi peluang yuyi melepaskan hajat sebelum kami sekeluarga  menyelusuri Jalan Masjid India. Di tengah bandaraya pesat membangun kita kena bayar 20sen untuk melepaskan hajat selama 15 minit kira dah murah.Tapi  kalau dah rasa banyak sangat hajat yang nak dilepaskan pandai-pandailah masuk duit lebih daripada 20sen .
Belakang public toilet ada gedung tekstil Jakel,    bangunan kuning ni  tidak pernah kulihat sebelum ni : )
Sejak bila wujud bazar kat sini? Nampak sangat aku dah lama tak jejak kaki kat sini???
Singgah sebentar membasahkan tekak dan mengisi perut yang lapar dengan  beberapa ketui karipap. "mak, apa yang ada kat jalan masjid India ni?kenapa mak nak pergi sini,? soal gula-gula hacks.Dia memandang aku dengan pandangan penuh tanda tanya.
"ni baru  KL, parking kereta jauh-jauh, jalan kaki  pergi bazar,memanglah penat sikit, tapi happening, bestkan,"aku jawab selamba je. Haruslah Gula-gula hacks benggang, peluh dah memercik di dahi , bajunya  basah kuyup disimbah peluh.
"akak, bayarlah cepat, Firdaus dah lapar ni"
yeahhhhh! Malaysia negara tercinta
 "akak, Firdaus nak naik train, train ,train,"rengek Firdaus. Aku menahan sabar selagi terdaya . "sabarlah dik, lenkali ye,"pujuk yuyi.

 "mak, satu lagi gambar kami bertiga kat sini, "pinta yuyi. 

Dari dahulu sampai sekarang , aku tak tahu motip sebenar  aku ke Jalan Masjid India, KL.




Tarikh : 6 April 2013, petang sabtu
Lokasi : Sepanjang jalan Masjid India, Kuala Lumpur
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )