Friday 12 April 2013

kudapan dipetang hari


Entah kenapa dengan aku hari, asyik menguap je dari pagi sampai ke petang. Bila dah petang macam ni , bila tengah ada kerja ,baru pulak  nak update blog  nampak sangat aku  tak senonoh.Ada aku kesah  ni blog aku ,sukahati akulah (ayat klise).

Oleh kerana banyak  kerja tengah menunggu aku pendekkan saje cerita ni, petang semalam balik  kerja, aku terus singgah pasar malam berdekatan dengan rumah.Biasalah tu bila ada pasar malam mulalah penyakit malas masak aku  datang.
 
Untuk memenuhi selera tekak suami,wajib beli anggur  setiap kali aku berkunjung ke pasar malam atau pasaraya ; Anggur hijau ni memang sedap dan tak de biji langsung.
 "Saya baru lepas mandi, lepas ni nak kemas buku pulak.Kawan-kawan !!sebelum kemas buku jom makan anggur dulu,ianya  bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit"
 
saya tengok tv sambil makan anggur
popia basah salah satu makanan feveret aku
habit lagi, sambal popia extra gula
 
Satay ayam, aku dengan Firdaus suka  bahagian kulit, bahagian isi aku tolak kat  suami
Kuah kacang manis bolehlah buat geli-geli. Habit dorang kot  melebihkan gula dalam masakan.
Ayam bob peberet suami forever .Entah apa yang special dengan ayam ni pun aku tak tahu : )




Tarikh : 11 April 2013, Khamis
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : juadah makan malam beli kat pasar malam






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )