Tuesday 30 April 2013

Akulah bos

Selama aku kerja 17 tahun kat sini sebagai kuli, baru 2- 3 hari ni aku rasa macam bos. Bagus lah kan  ada perkerja yang rajin dan berdedikasi macam member aku ni, sampaikan nak photostat  dengan fax pun dia buat sendiri.Gemuklah badan aku, hujung bulan terima gaji, hujung tahun pulak  terima bonus : ).Bila difikirkan balik bagus juge wujudnya orang sebegini, senang keja kita.Aku dah malas nak menonjol ni, bagilah peluang kat dia pulak menonjol, jangan sampai tertonjol sudah.

Bila dah lama tak buat kerja, aku hampir terlupa macam mana nak susun or letak  file dalam almari. Akibatnya , aku buang masa hampir 1/2jam mencari file yang hilang.Hampir semua tempat aku gelidah,tapi tak jumpa.Akhir sekali aku jumpa file tu dalam almari, dalam kedudukan seperti dibawah :-

Anak panah bertanda merah menunjukkan file yang hilang.
The moral of the story jangan susun file cara terbalik




Semoga selepas ni aku dapat mengamalkan  5S,  seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke dalam kehidupan seharian aku.

Harap maklum, menjelang pilihanraya ke 13 , aku adalah orang  yang paling sibuk , sibuk jadi pemerhati politik, jadi blog ni akan terabai seketika.Terima kasih.Akhir kata Selamat hari pekerja kepada semua perkerja di Malaysia.















Tarikh : 29 April  2013 & 30 April 2013, Isnin, Selasa
Lokasi : Tempat kerja
Peristiwa  :  sembang kosong

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 25 April 2013

Paratha & Co ; suggestion box


Buntu, tak tahu nak makan kat mana, Paratha & Co jawapannya. ianya lebih kurang macam Hot & Roll. Tak salahkan  bersaing dengan cara yang sihat? .


Kami makan meatballs bbq sos & funfries sementara menunggu  krispy banana chocolate  special dan crispy chic'a cheese kami siap
Paratha & Co sedap


cak! saya Firdaus
Mereka berdua leka memerhati sidemuk membuat crispy chic'a cheese
Sidemuk sedang membuat  krispy banana chocolate  special









Maaflah terlupa nak ambik gambar  Krispy Banana chocolate dan crispy chic'a cheese  kami yang telah siap : (



Tarikh : 13 April 2013, sabtu
Lokasi : Paratha & Co , Empire Gallery Shopping Mall Subang
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

KARMA TAK SEMANIS KURMA


Tarikh : 25/4/2013, Khamis

Lokasi : Jalan Pelabuhan Barat.Dalam perjalanan ketempat kerja dalam kereta Gyomi Mikito

Peristiwa : Karma




Aku (sambil mengunyah kuih dadar) :  gyomi , masa sekolah  rendah  dulu ko dapat tak RMT? 

Gyomi(tertawa kecil sehingga  menampak lesung pipit)  : dapat


Maafkan gyomi , dia memang tak banyak cakap, orang tanya sepatah dia jawab sepatah.


Aku : bestnya ,  akak  teringin nak dapat  RMT  tapi tak pernah dapat.Ko  start  dapat RMT dari darjah berapa?


Gyomi tertawa kecil:  dari darjah 3 sampai darjah 6.


Aku :  masa sekolah rendah dulu akak susah(bajet macam sekarang ni kaya sangat) jarang bawak duit belanja pergi sekolah. Tak sampai hati  nak minta  mak duit belanja sekolah. Berapa mak bagi  akak ambik dengan senang hati. Masa dulu   20sen sangat bernilai buat akak. Tapi apa yang akak tak puas hati sangat tu, kenapa akak tak dapat  RMT, sedangkan budak noresah yang bapanya kerja gomen, rakan  sekelas merangkap rakan  sepermainan akak  dapat  RMT  dari darjah 1 sampai darjah 6. Bila akak tanya macam mana dia boleh dapat dapat RMT, dia cakap mungkin sebab   muka dia comot macam tak mandi, pinafor tak bertali pinggang , rambut serabai. Gyomi , ko dapat RMT sebab rambut serabai ke?


Gyomi: he he he, ye lah kak ,  kebanyakkan budak yang dapat RMT  macam tu.


Aku :  tak de maknanya , akak pun serabai gak, pinafor  akak  paling lusuh diantara yang lusuh,dah puas buat muka kasihan ,   tak dapat gak RMT.

Gyomi : he he he he 
 
gelak, gelak, gelak itu jelah yang dia tahu


Aku : dulu waktu sekolah ,masa rehat, akak  jarang  dapat makan   nasi lemak ngan mee goring.  Ko tahu gyomi ,mee goring basah yang nampak   bodoh cuma ada taugeh  ngan  sedikit kicap yang budak RMT  selalu makan tu  mampu   buat air liur akak  meleleh. Kasihan, nampak sangat dulu akak kebulur. Ha ha ha ha


Gyomi  : samalah  ngan saya kak ,  pantang  kalau ada budak RMT tak datang , mesti saya volunteer nak ganti.he he he he    


Aku : akak tetap tak puas hati ngan budak yang bernama  Noresah yang dapat RMT tuuuuuuuuuuuuuuuuu



Tetiba  aku  terdengar satu dentuman kuat , satu objek kecil menghentam  cermin kereta gyomi lalu tembus dan terpelanting kearah tempat duduk belakang. MasyaAllah  objek kecil tadi  nyaris   hinggap di pipi kiriku. “Masa mengumpat tak ingat Allah”,, aku kata dalam hati.


Lepas beli makanan kat Karabena, gyomi menyambung perjalanan ke tempat kerja


Dalam kereta dalam perjalanan ke tempat kerja


Gyomi : akak, mak saya cakap  kalau boleh dalam parlimen….


Tetiba  satu dentuman kecil kedengaran dari belakang kereta…………….
kami saling berpandangan  dan terus ketawa terbahak-bahak



Aku malas nak cakap banyak, the moral of the story, aku syak ada orang yang tak suka kami   mengumpat gomen @ kerajaan , tu sebabnya macam –macam bunyi dentuman yang kedengaran semasa sesi mengumpat tadi. Alah   tu  cuma andaian bodoh dan persepsi sempit aku je,  hakikat sebenarnya, aku sedang berkira-kira samada nak ambik RM1,200 atau WIFI percuma seluruh Bandar.larikkkkkkkkkkkkkkkk
 





 Gyomi  Mikito tetap bertabah ,  biarpun Datuk Rahim tidak dicalonkan  dalam Pilihanraya umum ke 13, biarpun cermin hadapan keretanya  retak.


 Inikah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday 24 April 2013

Ole -Ole Bali-Empire Gallery Shopping Mall , Makan sekadar mengalas perut saje

Bersambung  dari  sini....sebelum  menghabiskan masa di sini kami mengisi dulu perut yang lapar  di Ole-ole Bali. Ni kali pertama aku makan makanan  bercitarasa Bali."Mak , makanan kat sini  dah banyak diubah suai mengikut citarasa tekak orang kita.Masa aku kat Bali dulu tekak  ni memang  susah  nak telan makanan dorang."Terang yuyi bersungguh-sungguh."hurmm ye ke,cuba dorang buh cili api sepikul mesti kena ngan anak tekak ko,"aku kata dalam hati.Yuyi ni suka travel tapi tekak dia susah nak terima  makanan  negara yang dia pergi, jadi  Brahim's  dengan sambal ikan bilis & kacang tanah kering sering menjadi penyelamat keadaan.

Enaknya barley lime di sini : )
Muka baru bangun tido
Kalau tak silap aku yuyi minum    honey , mint and honey dew
Ais cappuccino gula-gula hacks
Firdaus peminum vanilla milkshake tegar
Firdaus dengan hazelnut/Vanila milkshakenya
Firdaus bersama siap megoreng. Ayam punya nalar. Lagi sebelah tak habis  aku tapau bawak balik rumah.
Nasi kambing bumbu
 siap mepanggang







Tarikh : 13 April 2013,Sabtu
Lokasi : Ole-Ole Bali LG27, LG, Empire Gallery Shopping Mall, Subang
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Odah-perpisahan itu tiba jua akhirnya..............


Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata di hati tidak lupa

Berdoalah kita agar aman dan sentosa

Semoga kita berjumpa lagi dilain masa

Berdoalah kita agar aman dan sentosa

Semoga kita berjumpa lagi dilain masa

Sahabat Sejati-23 April 2013 

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



Odah, akan kami kenang segala kenangan, akan kami kenang gelak dan  tawa, tangis dan duka, akan kami , akan kami rindu semuanya , akan kami himpun rindu ini, akan kami kenang kemesraan kita sehingga ke hujung nyawa.Odah kau memang pengicak tapi  itu yang  buat kami rindu pada kau  Odah.


 Odah, kau akan tetap dihati dan kami akan merindui mu selalu
Gyomi mikito, tahniah, dapat tempat ketiga dalam contest Jomlah cuti.com 2013. Tak lama lagi dapatlah kau berbikini menyambut  anibeseri dengan Badang kat Pulau Phi phi

 gyomi mikito , odah mikito dengan aksi gwiyomi
Odah bersama gyomi mikito dengan aksi gwiyomi
salah sorang ahli  group gadis cute
ago jangan tunjuk lidah depan gadis cute.dosa
group gadis cute diapit oleh dua lelaki lelaki ganteng
Makcik tempe terkecuali dari group gadis cute : (
 Pikah : kak odah kita semua gadis cute, mari ikut pikah buat  aksi Gwiyomi
Kak Odah : gwiyomi gwiyomi ni akak tak biasalah pikah , akak biasa buat aksi PSY gangnam style je
Pikah : haishhh kak caca maembong ni,  tepi sikitlah.Kalau ye pun nak buat iklan ubat gigi tunggulah esok lusa
Kak caca maembong : ala pikah dengkilah tu...............
Group  gadis cute macam kami saje boleh buat aksi Gwiyomi. Korang melampaukan aku tahulah aku tak cute tapi janganlah keluarkan aku dari group gadis cute.
chedot, kenapa kau dipinggirkan oleh group gadis cute?
Kak CT sila hugs odah ketat-ketat , Odah pun nak aura manager .
Lepas ni jangan windu-winduan dengan  Odah ye....
Kak haz walaupun  selepas ni kita terpisah jauh tapi  tahi lalat kak haz tetap dekat dihati Odah
Kak Haz , cukuplah kak caca sorang yang menjadi model iklan ubat gigi
Oooo...
Kesuma jiwa ku
Mari oh mari
Rindu hamba


Oooo...
Kesuma jiwa ku
Mari oh mari
Rindu hamba
Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Kat, kenang Odah dalam doamu


Tarikh : 23 April 2013, Selasa
Lokasi : Sekitar FFMB, Bakery Training
Peristiwa  : Hari perpisahan Odah


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday 23 April 2013

Di persimpangan dilema,antara Diet dan Duandee ?????

Hari jumaat minggu lepas yuyi ambik aku balik  kerja.Dalam kereta, yuyi tanya aku nak makan kat mana?Aku cakap kat dia yang aku tak tahu nak makan kat mana. Dia  cadang  nak tapau nasi ayam  makan kat rumah je . Katanya sekarang ni dia nak diet , badan dia  dah  macam kena pam. Aku perhati badan dia ................tetiba je terpacul dari mulut aku "jom makan Duandee." "jom mak," dia jawab spontan."hurmmmm diet sangattttt," bisik hati kecilku.









Merenung masa depan yang belum pasti

"mak, jerawat ni penaik seri wajah,"yuyi ingatkan aku.

hitam putih kehidupanku


Tengok gula-gula hacks , berat badan maintain je

minuman ; barli ais dan milo ais
Daging masak merah, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, tomyam seafood , ketam masak tiga rasa ,inikah juadah makan malam yang sesuai  untuk orang yang sedang diet?"bisik hati kecil ku .










Tarikh : 19 April 2013, Jumaat
Lokasi ; Duandee , Pelabuhan Kelang
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )