Wednesday, 20 March 2013

penting ke sarapan pagi ni?




Kenapa  hari ni ada saje halangan untuk aku mengupdate blog.Tapi tak pe lah, aku redho.Bercakap mengenai sarapan pagi ; Dah menjadi rutin wajib anak-anak aku akan  bersarapan dulu sebelum ke sekolah.he he he berani dorang nak langgar perintah aku???
Rutin aku setiap pagi  menyediakan sarapan pagi untuk Firdaus.Pejam celik pejam celik dah besar anak-anak aku , tinggal firdaus je sekolah .

Simple je sarapan pagi tadi
1)Teh
2)roti sapu butter dan jem strawberry

Fresh from farm (gambar terkini);  Firdaus tengah bersarapan roti sapu butter/jem dan  teh sebelum ke sekolah.
 Gambar  kenangan  tahun 90an-yuyi dengan  gula-gula hacks masa sekolah rendah.Ha ha ha masa ni dorang kena paksa  bersarapan mee goreng sebelum ke sekolah. Arghh geram  sejak dorang dah besar ni  , aku jadi bahan gelak bila kes kena paksa bersarapan itu  diungkit kembali .  Harap-harap hari ni mereka berdua  tak baca blog aku.
 
The moral of the story ; Mak saya pesan, sarapan dulu sebelum pergi ke sekolah kerana sarapan  mampu membuatkan kita lebih bertenaga dan rasa  bersemangat untuk belajar. huk huk huk mak saya paksa, paksa.










Gambar Firdaus sebelum ke sekolah
Tarikh : 20 March 2013
Lokasi : Rumah sendiri







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang