Wednesday, 13 March 2013

Menu malam tadi ; terung goreng cili judu dengan ayang goreng bawang putih mengcongkam jiwa raga


Dah lama aku tak terjah  Facebook We love Fasha Sandha  sampaikan  aku tak tahu semalam dia ada buat majlis minum petang dan jom santai di Ndah Restoran.Rugi tau tak join.Tetiba jejari gebus ni  windu nak like facebook  Fasha Sandha . Aku perhatikan muka Fasha makin berseri-seri sejak  pregnant ni.Rasa macam dah lama je  tak tengok dia berlakon. Apa yang aku merepek kan ni. Mata tengah mengantuk ni mulalah otak aku  terbayangkan nasi lemak Rozita Che Wan jarang aku jumpa nasi lemak RM10 macam tu : ) Jomlah layan menu  malam tadi

Terung yang sudah digoreng
Bahan-bahan untuk terung goreng cili

1)Terung cuci berseh dibelah dua dan digaul garam. Goreng terung  dalam minyak yang panas dan  banyak .Ketepikan
2)4 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih-dikisar  sederhana halus
3)segenggam ikan bilis-dibasuh berseh dan ditus-dikisar sederhana halus
4)5 tangkai cili kering digunting dan direndam dalam air panas-dikisar kering
5)1/2 cawan air
6)dua sudu besar sos tiram
7)1/2 sudu besar gula

Cara menyediakannya

1)Tumis  bawang kisar hingga naik bau-guna api sederhana
2)Tumis cili kisar hingga naik pecah minyak
3)Tumis ikan bilis kisar
Gunakan api sederhana masa menumis
4)Masukkan sos tiram-kecikkan api dan kacau sekejap
5)Masukkan gula dan air -kacau sekejap
6)Tutup api , angkat sambal tadi dan curahkan di atas terung


Terung goreng cili
Bahan-bahan perapan(untuk 1/2 ekor ayam)

1)satu labu bawang putih-kupas kulit dan hiris
2)1 inchi halia-kupas kulit dan hiris
Bahan 1 & 2 kisar kering
3)dua sudu besar serbuk rempah kari
4)dua sudu besar sos tiram
5) 3 sudu besar tepung jagung
 
Gaulkan sekata  ayam dengan bahan kisar  dan sos tiram. Bila bahan kisar dah bergaul mesra, gaulkan pulak ayam tadi dengan rempah kari dan perap selama 15 minit.Setelah 15minit diperap gaulkan ayam dengan tepung jagung.


Goreng ayam dalam minyak panas yang banyak-guna api sederhana
Ayam goreng bawang putih mengcongkam jiwa raga ni sedap dimakan ketika panas
"Mak,saya tanya sikit boleh?"soal Firdaus  "Tanya banyak pun boleh,"aku kata.  "ni ayam upin dan ipin ke?"  Dalam hati aku rasa nak gelak dengar pertanyaan dia.
Senyum semacam je bila dapat makan nasi bersama  dengan ayam goreng  upin & ipin dan  terung goreng cili 




Okey cukup cukup sudah cukup sampai di sini saja.Esok kita jumpa lagi ye.........



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang