Tuesday, 12 March 2013

Majlis sambut harijadi makcik tempe cum makcik fasha sandha

Syukur Alhamdulillah semalam rejekiku murah pagi petang siang malam orang belanja makan. Tapi sayang gigiku sakit ,  makanan yang sedap belaka itu tak dapat aku nikmati dengan  penuh perasaan . Sebenarnya  aku malas  keluar lunch  pada waktu bekerja entahlah sejak pindah kat westport  aku rasa cam tak berbaloi je  nak keluar tengahari buta semata-mata nak lunch . Tapi  tengahari semalam demi tak nak mengecikkan hati yuyi  dan demi menghargai pengorbanan  seorang anak  , aku terima pelawaan  yuyi untuk keluar makan  tengahari dengan dia..Terima kasihlah buat  anak tersayang kerana sudi belanja mak makan tengahari serta  belikan hadiah untuk besday mak yang ke 28 , Ya Allah ,ye ke umur mak 28 tahun ni?????*dushum dushum tak sedar punya makcik tempe*Anakku , bukan hadiah, emas permata, harta dan pangkat kupinta yang aku pinta cuma kasih sayang dan ingatanmu.


Yuyi belanja makan di  restoran berdekatan dengan ofis aku  saje. Aku  suruh  dia  order makanan untuk cukup  3 orang makan je.  Tak nak lah  membazir nanti tak habis tak de saper nak makan. Dia order nasi goreng cina dengan sedikit lauk pauk.

mango chicken

kangkung goreng belacan

lala goreng cili kering


Pada waktu malamnya pulak besday girl (opsss tangan letak kat dada mata terkelip-kelip  pandang atas)diraikan dalam suasana meriah di Royal Selangor yacht club.Ko  mampu , alah setakat makan nasi goreng cina , Hokkien mee dan chicken chop semua orang pun mampu.*majlis harijadi makcik tempe cum makcik fasha sandha haruslah vogue* Terima kasihlah buat suami tersayang kerana sudi belanja  makan serta bagi hadiah spek mata hitam ala-ala JLO. Jangan marah noh adik tak berkesempatan  memakai  cermin mata hitam tu lagi. *muntah adik konon*
Harijadi saper ni? Apasal pulak Firdaus yang terlebih gembira
Chicken chop untuk suami, ni pun dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar
Balas dendam , hari tu aku  tak dapat merasa  makan hokkien mee.Pembetulan, kat buku menu tulis hokkien mee bukan mee hailam
Saper punya besday ni? Apasal pulak Firdaus yang dapat makan sekerim
Sebelum balik ke rumah kita menghabiskan masa dengan  mengambil gambar .Daulat Tuanku, Semoga Negara Malaysia ni akan terus aman damai



Macam nampak hantu je

Acara bebas sebagai penutup majlis sambutan harijadi *woiiii apa ni apasal  baling batu*



Sekadar luahan perasaan

Terima kasih kepada Dato Teh Kim Po , sepupu tersayang, rakan facebook  Datin Limah, hidd mihat,Putu Bambu, Tengku Aini Omar, Tengku Marina Hunny, syeloma kitchen, Hasnita Noor Hassan, kak Yang, Nazlila Sungip , Rozilayati Mazuwan, Julia Ayu , Cempaka sari, Angeline Yan, Cik Pah Kardshian dan ramai lagi,(kalau aku nak sebut satu persatu sampai esok pun tak habis) yang  sudi mengucapkan selamat hari lahir kepada aku.opss terlupa pulak pesanan buat dato Teh Kim Poo ; tak kan wish je kot .Mana hadiahnya?





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang