Tuesday, 26 March 2013

kami berdua complicated sikit

 Hari minggu hari tu , aku  memang tak rancang langsung nak ke Harbour Place .Cadang aku lepas temankan yuyi gunting rambut kat salon Efa , aku nak singgah  kedai Acheh berdekatan dengan rumah untuk membeli barang  basah dan kering.Tapi bila yuyi beria-ia mengajak aku ke Harbour Place , aku tak mampu menolak, aku menerima je ajakannya. Kat  Harbour Place ni memang seronok, banyak tempat makan yang sedap-sedap,ada Daiso, ada panggung wayang cuma yang tak de tempat nak shopping barang basah dan kering, banyak shop lot je.

Kalau betul-betul terdesak nak beli barang keperluan dapur bolehlah singgah kat Nigella Grocers satu-satunya kedai runcit yang ada di sini. Kebetulan dalam peti ais  aku dah kehabisan stok butter maka aku pun redah jelah dalam Nigella.  Pada mulanya yuyi nak ikut sekali tapi memandangkan  dia dah nampak kelibat kawannya di situ ,  terus dia tak mahu ikut.Dia memang suka mengelak diri dari bertemu dengan kawan. Dia bukan sombong , dah memang habit dia macam tu.Aku pun hati gembira...bukan kepalang ..dia tak ikut masuk : )motip nanti tak delah orang yang menyibuk nak bayarkan barang yang aku beli.InsyaAllah selagi ada kudrat aku berusaha nak beli dan  bayar sendiri.nampak complicatedkan, tapi kitaorang okey je...........

Kalau dah ke Harbour Place , tak sah rasanya tak singgah ke  Daiso.

Adik suka mengapak Akak.  Akak  suka bebenor melayan kemahuan adik. Aku pulak menahan geram melihat kerenah mereka berdua ni.
 Sesi melayan adik dia tengah rambang mata tengok cermin mata.
budak ni minggu depan nak ambik periksa  undang-undang kali ....jeng jeng
 cermin mata bodoh tu punya pasal, yuyi sanggup  menghabiskan masa berjam-jam di situ.
Arghhh geramnya dengan yuyi ni,  atas esklator pun dia nak melayan keranah Firdaus 
Singgah Thai Salam sebentar untuk  mengisi perut .
Muka budak nak mintak  debik
Pening kepala yuyi, tak tahu nak order apa?fikir punya fikir, akhirnya kitaorang sebulat suara nak order makanan yang simple je.
sentuhan effa
Gula-gula hack order kuey teow kungfu
Firdaus dengan nasi goreng cina tak dapat dipisahkan
Aku order bihun  tomyam
Yuyi tak nak minum air sejuk , dia nak kempeskan perut : )



Tarikh : 24 March 2013-Hari Ahad
Lokasi : Harbour Place
Thai Salam
Daiso




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang