Thursday, 7 March 2013

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, ye dak???



Demi nak mengetahui perkembangan terkini di Lahat Datu , setiap hari aku  wajib beli surat khabar.  Baca surat khabar ni dah macam makanan ruji aku dah, sejak  umur 7 tahun  aku baca surat khabar .Aku pun tak tahu kenapa aku  minat sangat baca surat khabar. Hampir setiap ruangan dalam surat khabar aku baca. Aku baca tanpa perasaan sekadar nak tahu perkembangan terkini je,contoh  macam kes Lahat datu, aku tak nak komen apa-apa dan tak nak judge apa-apa. Tapi  alang-alang menyeluk pekasam  biar sampai ke pangkal lengan , pegang bara api biar sampai jadi arang, dah alang alang nak mengusir pemberontak katanya Najib, apa kata usir sekali pendatang  yang agak mengjengkelkan di tempat kita ni terutama di PELABUHAN KELANG.  

Ye mengjengkelkan, aku tengah bengah tahap cipan dengan penyewa  Indon  yang menyewa rumah arwah ayah aku  ni. Dah lah lagi dua hari nak pindah keluar  dari rumah sewa arwah ayah dia baru nak bagitahu aku dengan suami. Yang paling membuat hati aku bertambah marah ,dia berani telefon aku  mintak pulangkan  deposit rumah dengan deposit bil api&air  RM800  sedangkan aku tak tahu apa- apa pun pasal  deposit rumah yang katanya diberi kat tangan arwah ayah aku beberapa tahun lepas berdekatan dengan tingkap dapur .Otak dia berjambulkan siap bagi lokasi di mana duit deposit tu diserahkan.Main petik petik je  tak de  black & white. Bila dengar dia cakap  macam tu, masa tu jugak  aku rasa nak penampar  muka penyewa tu, mulut menganang-ganang bak kata arwah emak .Entahlah dari dulu kini dan selama-lamanya aku memang  tak berapa berkenan dengan mulut pompuan menganang-ganang dan dengan orang yang  tak boleh dibawak berbincang .Trade mark  yuyi "kita boleh bawak berbincang."  Dah lah aku tak nak cakap apa-apa  lagi pasal penyewa tu , buat spoil mood aku je.


Jumpa lagi ......sekarang ni aku tengah berusaha nak dapatkan kunci rumah sewa arwah ayah aku tu  yang katanya dah hilang. Seriouslly bondoh bondoh bondoh statement kau tu

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang