Friday, 22 March 2013

Demi mencari sesuap nasi ; Ombak dan badai tak ku hirau..........


Keadaan kesesakan lalu lintas di sekitar jalan Pelabuhan barat petang semalam

Jalan di hadapan pintu masuk utama  kilang


 Kontena  bersusun-susun
 
Jejak berantai ; kereta kuli ikut kereta bos besar(LCB),yang bertanda anak panah merah) , kereta dia pulak  ikut  kereta pak aji dalam usaha  mencari jalan alternative bagi mengelak kesesakan lalu lintas di jalan utama menghubungkan Pelabuhan barat-Pelabuhan Selatan&Utara.
Kereta bos besar memecut laju meninggalkan kereta kawan aku jauh dibelakang


Berbalik pada cerita jejak berantai ; Di jalan susur keluar highway skve  hanya  beberapa meter ke jalan utama,aku panik, kawan aku mula gelabah apabila secara tiba-tiba  tukang pandu arah(pak aji) memberhentikan keretanya di bahu jalan.Dia keluar dari kereta sambil memberi arahan supaya kitaorang meneruskan  perjalanan sementara dia pergi solat maghrib kat masjid berdekatan. "huh.suspen.....ingatkan apa...rupanya  dia  nak berhenti  pergi solat dulu. *tetiba terasa* Tak pelah,  tukang pandu  arah memandu arah separuh jalan je, InsyaAllah masing-masing dah expert  memandu  melalui  jalan  susur keluar highway skve ke  Jalan utama Pelabuhan Barat ni  .Maka tanpa melengahkan masa, kitaorang pun meneruskan perjalanan ke rumah  masing-masing. Aku sampai rumah lebih kurang pukul  8.30malam  itu pun setelah menghabiskan masa  hampir setengah jam dipasaraya  Giant.

Sekiranya tidak mengalami kesesakan lalulintas,perjalanan dari Pelabuhan Barat menuju  ke pelabuhan Selatan hanya mengambil masa 30minit saje.Tapi kalau jalan kaw kaw cat cat dog dog sesak tak ke ambik masa berjam-jam baru sampai ke destinasi.Pasal jammed ni , aku tak tahu nak cakap apa, cuma aku harap individu yang bertanggungjawab sedia pikul tanggungjawab untuk  mencari alternatif terbaek bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas  yang teruk  di  Pelabuhan Barat ini.*muntah hijau*








Tarikh : 21 March 2013 7.05malam
Lokasi : Jalan Pelabuhan Barat-Westport












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang