Friday, 15 March 2013

Bila rasa letih dan malas bersatu ; yang ado nasi goreng kampung

Petang semalam lepas balik kerja aku singgah sekejap ke pasaraya Billion  ingat nak cari barang -barang masak . Sampai ke rumah ku renung barang-barang  yang ku beli tadi .Setelah berfikir panjang akhirnya aku mengambil keputusan menyimpan semua barang-barang tu. Sebelum balik ke rumah berkobar-kobar aku  nak masak tapi bila dah sampai ke rumah lain pulak jadinya.Ekceli aku nak habiskan  dengan nasi sejuk dalam peti ais itu sebabnya aku buat  nasi goreng.
Mak mak yang baru balik kerja  macam aku ni memang sedikit penat ,  itu yang main  lambak-lambak je atas meja.

Bahan-bahannya

1)4 ulas bawang putih
2)7 ulas bawang merah
kisar bahan 1 & 2  sederhana halus
3)7-8 biji cili api-kisar halus
4)10-15 batang kacang buncis dihiris ikut suka-boleh ganti dengan kacang panjang
5)sebiji telur
6)segenggam ikan bilis-cuci berseh dan kisar  sederhana halus
7)setengah periuk nasi sejuk digaul dengan sedikit garam
8)secubit  serbuk perasa-Boleh juge  digantikan dengan kiub pati ikan bilis

segenggam ikan bilis
setengah periuk nasi sejuk
Cara menyediakannya

1) Panaskan minyak dan tumis bawang kisar  hingga naik bau dan layu-guna api sederhana
2)Tumis ikan bilis kisar hingga naik bau-guna api sederhana
3) Tumis cili kisar hingga pecah minyak-guna api sederhana
5)Masukkan hirisan kacang buncis-kacau sehingga kacang buncis sedikit lembut
4)Masukkan nasi sejuk, masak sehingga nasi bergaul sebati dan mesra sepenuhnya dengan bahan-bahan lain.-guna api kuat
5)Sebelum diangkat masukkan secubit serbuk perasa
Nasi goreng kampung sedap dimakan bersama telur mata kerbau
Nasi goreng kampungku



Sekadar luahan hati

Percaya tak?Insiden di Lahat Datu telah banyak membuka mata kebanyakan  rakyat Malaysia terutama aku sendiri yang selama ni tak tahu pun yang di Lahat Datu ada ladang kelapa sawit milik FELDA, ada beberapa kampung yang majoritinya didiami masyarakat suluk,  ada Tower of Heaven yang dibuka pada Mac 2012 dan  di Lahat Datu juge kita dapat menikmati permandangan indah Lembah Danum  dititi gantung Borneo Rainforest Lodge setinggi 40 meter.Lembah Danum dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Segama Malua , Lahat Datu  adalah hutan simpan kerajaan negeri berstatus kelas satu yang dilindungi daripada kegiatan pembalakan , ia  menjadi menjadi habitat semulajadi 5-7 ekor badak sumatera .





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang