Monday, 4 March 2013

Bersantai-santai di rumah yuyi; privacy sangat pun rimas, tak de privacy pun rimas , mana satu ni

Sejak yuyi dengan gula-gula hacks pindah rumah, aku tak berkesempatan nak jejak kaki kat rumah dia tu. Aku tak betah  untuk tinggal lama kat rumah anak . Kalau aku ke bandar siapa nak tengokkan ayam itik aku di kampung*baca boleh percaya jangan*  Selepas diajak beberapa kali oleh yuyi , akhirnya tengahari sabtu selepas dorang semua    bersarapan bihun goreng dan kek  buatan aku, yuyi  bawak aku dengan Firdaus ke rumah barunya. Selang beberapa ketika dalam 30 minit  kitaorang pun sampai ke rumah yuyi.Sampai je rumah dia aku terus keluarkan ubi kayu , pucuk ubi , pucuk paku, meranti dan tempe , opsss tersasul  bihun goreng dan kek butter blueberries yang aku bawak dari rumah. Alah stok makcik tempe macam aku ni memang suka pegi mana-mana bawak bekal.


 Tak menahan dari depan pintu rumah sampai  ke tempat parking kereta , semua  dikawal oleh CCTV dan Security Guard, haktuii macamlah ada VIP atau  VVIP duk sini.Stok Makcik macam aku ni mesti rimas.

la diangkutnya juge pokok dari rumah lama.Semangat nak tanam pokok la katakan
Sampai je Firdaus terus landing atas katil abang
Makan, main games, itu jelah yang dia tahu
Masa ni rumah yuyi tengah pasang grill dah tentu-tentulah keadaan  rumah berselerak dengan bunyi bising lagi  tapi budak yang  tengah main games ni tak de perasaan, maintain je main games

Yuyi bukan sahaja pengumpul novel tegar tetapi dia juga pengumpul kasut tumis tinggi tegar.Buat baling anjing pun mati.

Ko mampu, kalau aku yang pakai ni baru jalan selangkah mau  tersembam
Mengimbau karya hebat Mamat Khalid Rock 00 Rimba Bara
Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Orang yang bergaji kecik macam yuyi ni kenalah  rajin masak.Tak kan hari-hari nak makan kat luar mana mampu.

Selepas grill rumah siap dipasang  yuyi ajak Firdaus turun  mandi kolam.

kolam mandi pun  sunyikan, anak-anak aku ni memang suka suasana sunyi
manager facebook tengah busy , yuyi dengan Firdaus ni spesis memang tak boleh jumpa air
Masa mandi kolam Firdaus tak suka seksi
Tak habis-habis dengan dia punya facebook
Tak senang aku nak buat kuak lentang kat sini pun dikawal ketat oleh  security guard. Bak kata yuyi "mak, jom kita posing tepi kolam ala-ala majalah mangga."


Kitaorang semua teringin nan babab vontot Firdaus. Menonong je, baru sekali datang rumah yuyi dia dah tahu jalan balik ke rumah yuyi dari kolam mandi.




Setakat ni saje cerita aku untuk hari ni, InsyaAllah jumpa lagi




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang