Thursday, 21 March 2013

Ayat-ayat cinta bercerita....cinta ku padamu

Urusan permohonan  KWSP untuk pengeluaran  pengurangan baki  pinjaman  rumah aku .tertangguh hampir dua tahun kerana kesibukan aku sebagai  PA tak bertauliah.Seingat aku, kali terakhir aku buat pengeluaran pengurangan baki pinjaman rumah adalah pada tahun 2011. (Bajet macamlah lama sangat) . Jadi tahun ini aku nekad  nak buat pengeluaran pengurangan baki pinjaman rumah .

Pada hari Khamis minggu lepas  setelah   menerima penyata baki pinjaman rumah dari pihak bank, tanpa melengahkan masa keesokannya aku  dengan ditemani Firdaus terus  pergi ke KWSP Shah Alam untuk submit borang permohonan. Kasihannya aku, baru sekarang aku tahu yang  kita tidak perlu mengisi borang permohonan bagi pengeluaran mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman rumah. Lega....aku tidak  perlu bersusah payah mengisi borang, aku hanya  submitt penyata baki pinjaman rumah sahaja , jadi mudahlah kerja-kerja aku hari tu.Sejak kebelakangan ini aku perhatikan kerajaan  dah banyak  improve dan semakin mesra, jadi apa tunggu lagi ?Marilah sama-sama kita  menyokong kerajaan : ) *Bila keyakinan ku datang, kasih bukan sekadar cinta, Pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan*




Aku ke KWSP Shah Alam naik komuter.Adalah menjadi satu kepuasan pada Firdaus bila dapat menaiki komuter,tak kisahlah  walaupun sekejap.
Saya berada di KWSP Shah Alam .Terbaek 

Setelah selesai segala urusan  kat KWSP Shah Alam, yuyi ambik aku dengan Firdaus dan bawa  pergi makan kat Restoran Mohd Chan di Kota Kemuning.
Firdaus ni nakal, dia tak minum air yang diordernya nanti dia akan  minum  air yang orang lain  order
Ni apahal ?sorang pandang kiri sorang pandang kanan-Abaikan rambut yuyi yang serabai tu.Mereka berdua ni dah kenyang.Aku dengan Firdaus je makan nasi. Aku tak bagi yuyi order banyak lauk sebab aku  boleh je layan nasi dengan tomyam dan telur dadar.
Tomyam Restoran Mohd Chan terbaek
Telur dadar yang ada bermacam sayur
Pada mulanya Firdaus nak hirup tomyam je tapi bila dia nampak aku makan nasi, apalagi dia pun terus minta nasi.
Setelah hampir sejam setengah melepak di Restoran Mohd Chan , yuyi bawak aku dengan Firdaus lepak kat  rumah dia pulak.
Hari tu Firdaus tertinggalkan  buku robin i pen kat rumah yuyi.  Kebetulan pulak  yuyi ada pergi shopping kat JJ dia belikan untuk Firdaus sekali buku robin .
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit, Itulah aku ibaratkan apabila melihat buku Robin i pen Firdaus ni.
"akak!!!tolong jangan ganggu konsentrasi adik sedang main games ni. Boleh tak akak tolong simpan dulu  buku robin ipen yang akak beli tu ? terima kasih,"kata Firdaus dalam hati.
Yuyi ajar aku makan rendang ayam yeo's dalam tin. "keras hati kau nak sajikan mak dengan  lauk dalam tin. Nasib baiklah mak kau tolak batu dengan kayu je."aku kata dalam hati

Makanan dalam tin pernah juge menjadi makanan feveret  aku dulu kala : )
"akak , mangsa banjir pun tak makan  makanan dalam tin.Tapi tak pelah sesekali apa salahnya,"bisik Firdaus dalam hati.






Tarikh ; Jumaat  15 Mar 2013
Lokasi ; KWSP Shah Alam
Restoran Mohd Chan , Kota Kemuning
Rumah yuyi




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang