Tuesday, 12 March 2013

Atas permintaan rakan ofis yang tak berapa kerat ; resepi kek butter

Entry yang tertangguh ; Minggu lepas aku ada bawak sebekas  kek butter untuk rakan ofis yang tak berapa kerat . Kemain suka lagi mereka  dengan kek butter dari air tangan bukan pro buat kek macam aku ni , haishhh mereka siap mintak resepi gitu. Agaknya bilalah aku dapat rasa kek yang mereka buat ?Ekceli resepi kek butter aku dah pernah tepek dalam blog ni tapi oleh kerana rakan sekerja aku ni terlampau manja nak tunggu bersuap makanya  aku  letak sekali lagi resepi kek butter atas permintaan mereka.
Entah apa kena dengan aku ni  sibuk membakar kek  sampai  malas nak masak. Petang tu sebelum sampai ke rumah  aku dah stand by  beli dua burger special. Ni first time aku beli burger special .Aku tak tahu pun macam mana rasanya  sebab aku kureng dengan burger ayam atau daging, cuba kalau benjo dengan filet o fish laju je aku sebat.
Butter kesukaan aku butter SCS, Tatura atau Anchor.Tapi kalau dah tak ada pilihan buttercup pun aku sebat
Abaikan kain pelikat penutup oven, sila fokus kepada kegebuan kek butter saje

Bahan  untuk kek butter

1)250 gm SCS-aku suka guna salted butter
2)150 gm castor sugar
3)sedikit essen vanilla
4)4 biji telur(suhu bilik)
5)220 gm  self raising flour
6)4 biji telur(suhu bilik)
7) satu sudu besar fresh milk
8)1 tsp double action baking powder


Cara menyediakannya

1)Pukul butter dengan gula castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)masukkan self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul  menguna mesin pemukul pada tahap 1
4)Akhir sekali masukkan fresh milk sdikit demi sedikit sambil memukul mengunakan mesin pemukul pada tahap 1
5)Rehatkan  adunan kek  dalam masa 20 minit
6)Bakar selama 40 minit dalam suku 180 darjah celcius 
7)Bila masak  biarkan kek sejuk  sebelum dikeluarkan dari oven 



Sebekas kek butter untuk pengasuh Firdaus
Bekas yang ini  untuk rakan ofis  yang tak berapa kerat. 


Setakat ni saje cerita aku, jumpa lagi.................................








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang