Friday, 1 March 2013

Aneka resepi kentang ; resepi simple dan mudah

Kentang memang mewah kat rumah aku ni. Bukan aku beli pun, orang kapal  yang  bagi suami aku. Rumah aku ni bukan ramai orang sangat, jadi sebelum kentang mengeluarkan tunas lebih baik rasanya  aku bagi orang. Kalau dah bertunas baru nak bagi orang nampak sangat aku buruk kelaku.Bercakap pasal kentang sampai sekarang aku tak paham dan blur  dengan perkataan "Giler kentang" apa giler kentang tu siapa yang mencipata perkataan tu???????????

kentang weges versi makcik tempe
Bahan-bahan

1)7-10 biji kentang sederhana besar-kupas kulit dan potong baji
2)1 sudu besar serbuk kari
3)1 sudu kecil serbuk lada hitam
4)sedikit garam  dan secubit kecil serbuk perasa

Cara menyediakannya

1)Rebuskan kentang dengan sedikit garam sampai empuk
2)Angkat dan tuskan
3)Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari dan secubit kecil serbuk perasa, gaulkan
4) Gorengkan dalam minyak panas yang banyak .
5)Goreng sehingga kentang bertukar warna oren kekuningan

 
comelkan jari gebus makcik tempe(abaikan kentang tu)
Bahan -bahan untuk membuat sambal kentang  ikan bilis goreng

1) 5-10 biji kentang -dikupas dan dipotong baji  kemudian dibelah dua dan goreng
2)10 tangkai cili kering dikisar bersama 5 ulas bawang merah kecik dan 5 ulas bawang putih
3)sekeping asam keping
4)dua sudu besar gula
5)secubit kecik serbuk perasa dan garam
Ikan bilis  yang telah siap digoreng
 Kentang yang telah siap dogoreng
Cara menyediakannya

1)Panaskan minyak,tumis bahan kisar  hingga naik dan pecah minyak-guna api sederhana
2)Masukkan garam.dua sudu besar gula
3)Masukkan 200ml air diikuti dengan sekeping asam keping-Biarkan  bahan kisar sehingga betul-betul garing
4)Masukkan kentang goreng diikuti dengan ikan bilis goreng
5)Angkat dan sedia untuk dihidangkan
 Sedap  sangat sambal kentang campur ikan bilis ni. Cuba jangan tak cuba mana tahu suami dengan anak korang suka.*naik lif tekan  sendiri*



Okeylah , setakat ni jelah cerita aku untuk hari ni, jumpa lagi dilain hari dan waktu.....


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang