Monday, 18 March 2013

Adakah mereka ini bakal menjadi pemain pelapis badminton negara pada suatu hari nanti??????

Aku sedar aku dah tua untuk beradu kekuatan  dengan pemain pelapis badminton negara.Tapi salahkah aku sekiranya  hendak menunjukkan sedikit skil  bermain badminton yang masih aku ingat? Memang tak salah makcik tempe tapi kau kena ingat umur kau bukan muda lagi pun.Tenaga semakin tipis.Jadi kalau kau nak melakukan aktiviti lasak kena fikir 10-20 kali ye.Sekarang siapa yang susah akakkkk jugak.Okeylah cerita banyak pun tak guna, benda dah jadi ye dak.Lain kali kena ingat....... buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.Kemerepekkan apakah ini?

Jom tinjau cerita di bawah ni..............

Minuman Soda Gembira sentiasa membuat hati peminumnya gembira
 Budak yang makin besar makin  pandai makan pedas.harus dikawal mulai dari sekarang
 Yuyi suka makan bakso tapi entah kenapa dia rasa bakso yang ini macam tak best.
Ha ha ha kasihan yuyi . Macam manalah bakso tu tak best . Aku tersalah ambik cili aku terambik  MILD sambal cili  patutlah tak cukup  umphhhh . Yuyi suka makan HOT sambal  cili .Abaikan muka muncung yang tak dapat makan pedas +++.
*********
Balik dari Harbour Place yuyi ajak singgah sekejap kat Pizza Hut Kota Kemuning.Aku perhati je dia ni. Baru sekejap tadi  makan bakso dan sekarang ni dia  nak tapau  pizza bawak balik rumah dia  pulak ????.

 Duduk melangut sementara menunggu pizza siap 
Aku dengan yuyi makan salad

********
Selepas makan  masing-masing keberatan nak melakukan aktiviti riadah .Biasalah tu bila perut dah kenyang mata pun mula lah  nak lelap. Nasib baiklah yuyi mengingatkan aku tentang janji nak temankan Firdaus main badminton petang tu. Opsss mudahnya aku lupa pada janji saat mata dah hampir-hampir nak terlelap.  Terasa seperti baru terjaga dari mimpi indah.Lantas kukuatkan hati bangun walaupun letih.Aku gapai tuala masuk ke bilik air dan mandi.Lepas mandi dan buat apa yang patut, aku dengan anak-anak terus menuju ke dewan badminton.
Firdaus sempat berposing sementara  menunggu yuyi dengan gula-gula hacks memanggil security guard membuka pintu dewan badminton

"akak !abang! cepatlah, Firdaus dah tak sabar nak main badminton." Cayalah semangat bagai api.
"Datuk Lee Chong Wei, saya harap malam ni awak dapat kalahkan Lin Dan." "Apa yang kau merepekkan ni Labu, siapa itu  Lin Dan ?lawyer, Hakim , majistret ????????????
"Pelapis Datuk Lee Chong Wei"
Pelapis Datuk Lee Chong Wei sedang mendengar penerangan dari jurulatih badminton
Ajaran sesat mana ni main badminton tak pakai kasut
Ni Lin Dan ke Datuk Lee Chong Wei .Konpius
Datuk Lee Chong Wei konsisten, bukti dia masih berbisa
Ada gayalah pemain pelapis badminton negara ni.....
Datuk Lee Chong Wei memang suka buat kolar  t-shirt macam tu yek????
Jurulatih badminton sedang memberi tunjuk ajar kepada  pemain pelapis badminton negara.haktuiiii
 Gula-gula hacks bukak baju mungkin kerana terlampau syok  main badminton
Disebabkan dah lama tak melakukan aktiviti riadah , tak sampai 20 minit main badminton aku dah semput.
Masing-masing terjun ke dalam kolam renang selepas penat beraksi di gelanggang badminton 
Muka keras ada hati nak meniru gaya artis yang berposing dalam majalah mangga : )
Adik yang sedang membuli abang

"anak-anak........ jom kita balik, hari dah malam nihhh."









Tarikh ; Sabtu 16 Mar 2013
Lokasi ; Waroeng Penyet, Harbour Place
Pizza Hut Kota Kemuning
Dewan  badminton & kolam renang  Rumah yuyi





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang