Monday, 11 March 2013

3 layer tea & quick cut-update secara komboi


Bertukar-tukar  blog template adalah  satu cara aku  melupakan rasa sakit perut, hati, dan bermacam penyakit lain lagi.Seriuoslly , aku bukan jenis orang yang cepat merajuk, sensitif dan cepat terasa  terasa hati. Tapi yang peliknya  bila aku sakit  tetiba aku jadi orang yang cepat  merajuk dan  sensitif  . Alah ...rajuk aku tak lama mana pun nanti  pandai- pandailah aku pujuk diri sendiri.

Petang semalam  aku bawak  Firdaus saje -saje  jalan pergi pasaraya Giant. Kasihan pulak bila tengok  dia dua hari ni duduk terperuk kat rumah.Dia tak banyak songeh,dia ikut je mana aku  bawak.
Dah alang -alang pergi  Giant, aku bawak Firdaus gunting rambut kat Quickcut,  masuk ni dah  kali kedua dia gunting  rambut di sini.Dengar macam mahal RM16 sekali potong tapi ada aku kesah.Alah tak kan nak  berkira dengan  anak  kot tapi tak  berkira dengan  sekotak rokok dunhill yang harganya RM10.20  atau harga  sehelai tudung  mencecah beratus ringgit.

Bayar RM16 kat payment terminal, dapatkan receipt dan tunggu giliran
Firdaus sedang menanti giliran untuk memotong rambut

Firdaus sukalah tu  awek yang potong rambut dia

Lepas potong rambut aku bawak dia makan kat  chicken rice shop
Kali pertama aku dengan Firdaus minum teh 3 layer, petang semalam di The Chicken Rice Shop
Kenapa Firdaus buat muka pelik???








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang