Wednesday 27 March 2013

Hari ini dan semalam hari Ayamas


Malam tadi, masa tengah makan ayam black pepper dengan Firdaus, dia tanya aku

Firdaus : esok, mak cuti keja ke?

Aku : kenapa Firdaus tanya?

Firdaus : Saje...

Aku : Firdaus suka mak tak keja ke?

Firdaus : suka ....firdaus rindu...........

Aku : apa rindu........."OMG dah lama tak dengar perkataan tu," bisik makcik tempe dalam hati.

Firdaus : ye...rindu

Aku  : Firdaus tahu apa maksud  rindu tu?

Firdaus : diammmmm..........sengih sengih

Aku syak dia terlebih tengok filem ombak rindu..........


Juadah malam tadi
Makcik tempe terlebih rajin
 Suami aku pengemar tegar ayam black pepper ayamas

Kenangan bersamamu Ayamas, umpama mimpi dalam mimpi.Dan tetiba aku teringat sesuatu ....hampir setiap hari  kena buang  tangkai 7 basket cili merah.
muka terpaksa



Tarikh : 26 March 2013, malam
Lokasi : rumah sendiri



*************

Pagi ni suami dengan Firdaus breakfast , roti telur bersama  frankfurter ayam cheese ayamas panggang.Aku dengan kawan  breakfast  kat kampung , aku makan nasi lemak sambal sotong dan teh tarik
 
Aku suka frankfurter ayam cheese ayamas sebab tak berapa masin : )

roti telur bersama  frankfurter ayam cheese ayamas panggang






Tarikh : 27 March 2013, pagi
Lokasi : rumah sendiri






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Ayam masak merah simple dan mudah disediakan........

Cerita masak-masak ni dah dua minggu berlalu tetapi memandangkan ianya kenangan terindah  ketika bersama anak-anak,aku tetap nak pahatkan di sini. Kalau ada yang rasa jelak dengan entry masak-masak aku ,minta maaflah banyak-banyak, aku tak mampu nak puaskan hati semua orang dan  aku tak paksa pun orang baca apa yang aku tulis : )

Ayam masak merah mengingatkan aku suasana pagi raya , puasa pun belum lagi dah sibuk pasal raya.hua hua hua .

 1 ekor ayam dibersehkan dan digaram kunyit
Ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu
Bahan-bahan

1)1 ekor ayam dipotong dan digoreng
Bahan kisar
2)7 ulas bawang merah
3)5 ulas bawang putih 
4)Dua ketul halia halia sebesar ibu jari-dihiris
5)6 batang serai -dihiris
6)15 tangkai cili kering
Bahan sampingan lain
1)setengah botol sos cili-aku guna sos cili life
2)suku  tin pes tomato kimball
3)1/2 cawan susu cair
4)Gula, garam dan  bahan perasa secukupnya
Bahan tumisan(Rempah kering)
 1)2 batang kayu manis
2)3 kuntum bunga lawang
3) sedikit bunga cengkih dan pelaga
Cara-cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan rempah kering dan  bahan kisar hingga naik bau
2)Masukkan cili kisar kacau  hingga pecah minyak-guna api sederhana
3)Masukkan sos cili dan pes tomato diikuti dengan gula secukupnya ,kacau hingga naik bau
4)Masukkan Ayam yang telah digoreng dan susu cair
5)Perasakan dengan garam dan secubit serbuk perasa . Biarkan hingga masak 

 
Ayam masak merah  lauk  peberet family aku waktu raya
Jelatah , hasil air tangan yuyi

Bahan-bahan
1) dua batang timun-kupas kulit dan garu dengan garpu kemudian dibelah  tiga
2)sebiji buah nenas yang sederhana masak-nenas dikupas dan buang matanya.Kemudian belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal
3)3 biji cili merah , potong memanjang , buang biji dan hiris nipis
4)dua biji bawang holland  belah 4 dan dihiris nipis
5)segenggam udang kering-cuci berseh,keringkan dan kisar sederhana halus
6)cuka secukupnya
7)garam dan gula secukupnya
kesemua bahan hirisan tadi dituskan airnya

cara menyediakannya
1)Satukan kesemua bahan hirisan ke dalam sebuah mangkuk dan gaulkan sekata
2) masukkan udang kering kisar dan gaulkan sekata udang kering  bersama bahan hirisan
3) Masukkan cuka , garam dan gula secukupnya.Bila jelatah dah cukup rasa, alih ke dalam bekas kaca dan sedia dihidang

Jelatah sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan




Tarikh : 17 March 2013, hari Ahad
Lokasi : rumah sendiri



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday 26 March 2013

kami berdua complicated sikit

 Hari minggu hari tu , aku  memang tak rancang langsung nak ke Harbour Place .Cadang aku lepas temankan yuyi gunting rambut kat salon Efa , aku nak singgah  kedai Acheh berdekatan dengan rumah untuk membeli barang  basah dan kering.Tapi bila yuyi beria-ia mengajak aku ke Harbour Place , aku tak mampu menolak, aku menerima je ajakannya. Kat  Harbour Place ni memang seronok, banyak tempat makan yang sedap-sedap,ada Daiso, ada panggung wayang cuma yang tak de tempat nak shopping barang basah dan kering, banyak shop lot je.

Kalau betul-betul terdesak nak beli barang keperluan dapur bolehlah singgah kat Nigella Grocers satu-satunya kedai runcit yang ada di sini. Kebetulan dalam peti ais  aku dah kehabisan stok butter maka aku pun redah jelah dalam Nigella.  Pada mulanya yuyi nak ikut sekali tapi memandangkan  dia dah nampak kelibat kawannya di situ ,  terus dia tak mahu ikut.Dia memang suka mengelak diri dari bertemu dengan kawan. Dia bukan sombong , dah memang habit dia macam tu.Aku pun hati gembira...bukan kepalang ..dia tak ikut masuk : )motip nanti tak delah orang yang menyibuk nak bayarkan barang yang aku beli.InsyaAllah selagi ada kudrat aku berusaha nak beli dan  bayar sendiri.nampak complicatedkan, tapi kitaorang okey je...........

Kalau dah ke Harbour Place , tak sah rasanya tak singgah ke  Daiso.

Adik suka mengapak Akak.  Akak  suka bebenor melayan kemahuan adik. Aku pulak menahan geram melihat kerenah mereka berdua ni.
 Sesi melayan adik dia tengah rambang mata tengok cermin mata.
budak ni minggu depan nak ambik periksa  undang-undang kali ....jeng jeng
 cermin mata bodoh tu punya pasal, yuyi sanggup  menghabiskan masa berjam-jam di situ.
Arghhh geramnya dengan yuyi ni,  atas esklator pun dia nak melayan keranah Firdaus 
Singgah Thai Salam sebentar untuk  mengisi perut .
Muka budak nak mintak  debik
Pening kepala yuyi, tak tahu nak order apa?fikir punya fikir, akhirnya kitaorang sebulat suara nak order makanan yang simple je.
sentuhan effa
Gula-gula hack order kuey teow kungfu
Firdaus dengan nasi goreng cina tak dapat dipisahkan
Aku order bihun  tomyam
Yuyi tak nak minum air sejuk , dia nak kempeskan perut : )



Tarikh : 24 March 2013-Hari Ahad
Lokasi : Harbour Place
Thai Salam
Daiso




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday 25 March 2013

Ayam panggang black pepper ; resepi ibu mithali...

 Tajuk tak henggat, mau ibu mithali di luar sana terbakar. Aku tak nak cakap lebih-lebih, mata aku tengah berpinar ni.Dari pagi  sampai  la ni tak habis habis  memasukkan data yang tidak mendatangkan hasil.Lebih baik kita cerita pasal masak-masak. Dalam kajian rambang aku, teknik memasak dengan cara memanggang , membako, mengukus, membening dan apa saje teknik yang tidak perlu mengunakan tenaga yang berlebihan amat bersesuaian  untuk  makcik  bekerja yang sering keletihan serta   lenguh segala anggota badan seperti aku .Tunggu apa lagi , jom memanggang......

Bahan-bahan untuk  perap ayam (anggaran sekor ayam sekilo)

1) 2 inci halia
2)5 ulas bawang putih

kupas kulit , cuci berseh dan kisar kering

3)3 sudu besar lada hitam kisar
4)1 sudu kecil  jintan manis & 1 sudu kecil  jintan putih
5)dua sudu besar madu
6)sedikit kicap cair
7) dua sudu besar besar sos tiram
Gaul bahan perap  dengan ayam dan perap selama lebih kurang 1-2jam
Masukkan ayam yang sudah diperap dalam plastik berseh /ziplock. Kat rumah aku tak de plastik ziplock bagai , aku bantai guna plastik terpakai billion.
Panggang selama sejam dalam suhu 180 celcius. Kalau nak mendapatkan ayam black pepper yang  bersopan santun silalah ikat kedua kaki ayam tadi sebelum dipanggang
Budak yang dah tak sabar nak makan ayam panggang yang lemak berkrim

sos cili makcik tempe ni mantap, buatnya mudah saje

Bahan-bahan untuk sos cili

1)7  biji cili besar
2)3 ulas bawang putih
3)1 cm inci halia

kisar semua bahan

Masakkan bahan kisar dalam kuali, campurkan sedikit air, biar agak mendidih,didihkan guna api sederhana.Untuk rasa masam masukkan sedikit cuka atau sesudu besar cili sos . Akhir sekali masukkan gula, sedikit garam ngan secubit serbuk perasa. Pekat kan sos cili ngan 1 sudu kecil bancuhan tepung ubi .




  Zalim....akibat kerakusan aku peha ayam yang sebelah kanan hampir tersiat
Peha ayam yang sudah tersiat tu dikokak  Firdaus seperti kumpulan malaikat maut mengkokak itik serati dalam Filem Rock oo

Lauk tambahan ; sawi batang putih goreng dengan bawang putih dan sos tiram
Sedapnya mengkokak  ayam panggang black pepper ni , jangan lupa cuba resepi makcik tempe ni : )





Tarikh : 23 March 2013-Sabtu, 1 petang
Lokasi : rumah sendiri







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Apa dosa Efa diperlakukan begini.................

Efa tak bersalah, Efa sekadar mencari sesuap nasi dengan merapi dan mengunting rambut.Jangan hina dan pelekehkannya hanya kerana dia seorang lelaki yang sifat nalurinya lebih kepada keperempuanan. Efa , pada suatu hari pernah didatangi oleh 3-4 orang makcik hanya sekadar untuk melemparkan kutukan dan hinaan terhadap dirinya.Begitulah luahan Efa ketika dia segera menukar  skirtnya dengan kain batik sarung apabila melihat aku tertinjau-tinjau ditingkap salonnya. Dia mengakui yang sudah lali dengan persepsi sedemikian. Aku dengan yuyi sedikit tercenggang. Aku kata padanya "saper makcik nak judge kau.Sesiapa pun dari kita hanya hamba Allah yang lemah." Tak tau kenapa tiba-tiba je hati ni sayu, sedih dengan segelintir manusia yang memiliki sikap ujub menganggap dirinya mampu menafsir..seringkali kesilapan yang segelintir dijadikan sumber kritikan.Perbuatan mencemuh, merendah-rendahkan dan mencaci-maki  bukanlah cara yang terbaek untuk mengajak orang lain berubah kearah kebaikan. Yang penting, bersangkalah baiklah pada mereka & nasihatilah mereka dengan cara berhikmah.


Tengahari semalam, masa Firdaus sedang bersantai memelikatkan diri dengan kain pelikat (ko mampu umur 8 tahun lagi dah pandai pakai kain pelikat kat rumah, ayah dia pun tak pakai kain pelikat kat rumah) yuyi ajak temankannya ke salon rambut  Efa.
Jeles!!!,Firdaus ni tak boleh tengok kalau aku ambik gambar gula-gula hacks nanti mulalah dia nak menyelit  dimana-mana.
 Jelas riak muka yuyi amat berpuas hati dengan sentuhan Efa.Bak kata yuyi "I love u lah Efa" 
La dia lagi.............................
 Efa setakat ni belum pernah mengecewakan yuyi, InsyaAllah yuyi dia  akan stay potong rambut dengan Efa.  

Jangan pandang sepi.............ko mampu siap ada signboard






Tarikh : 24 March 2013-Ahad
Lokasi : Salon Efa







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday 24 March 2013

bila tekak teringin nak makan kek pisang ; resepi kek pisang mudah dan ringkas tapi sedap

Malam tadi, masa suami aku sibuk mengemas kelengkapan memancing , tetiba  masa tulah  tekak aku ni nak makan  kek pisang. *Alasan*Nasib baiklah bahan -bahan untuk membaking kek dah ada di rumah. Kebetulan pulak dua hari lepas aku adabeli  pisang kat pasaraya.Maka  bila semua kelengkapan untuk membaking kek pisang mencukupi  , apa tunggu lagi jom kita buat kek pisang beramai-ramai.

Pisang ni aku beli kat Pasaraya Billion. Pisang ni tak bernama.Oleh kerana rupa bentuknya ala-ala pisang berangan  jadi aku bantai letak nama pisang berangan.
Dua biji pisang berangan yag sudah di lenyek hingga lumat
 Bahan-bahan untuk membuak kek pisang ni simple saje

1)150 gm butter-aku guna butter anchor
2)150gm gula castor
3)150 gm tepung gandum
4)1/2 tsp baking powder
5)1/2 tsp soda bicarbonate
6) 2 biji telur
7)1/2 tsp essen pisang
8)2 biji pisang berangan

Tepung gandum diayak bersama soda bicarbonate dan baking powder
dua biji pisang berangan dilenyek hingga lumat

Cara-cara membuat

1) Putar butter dan gula castor hingga kembang
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)Masukkan tepung berselang-selang dengan pisang yang dilenyek sedikit demi sdikit , kaup dan balikkan hingga rata atau memukul mengunakan mesin pemukul tahap 1.
4)Masukkan essen pisang-gaul sebati
5)lengserkan tin pembakar , tuangkan aduanan ke dalam tin pembakar
6)Bakar pada suhu 180 celcius selama 30-40 minit
 Adunan kek yang sudah sedia  untuk dibakar
 
kek pisang yang 80 % hampir masak 

jeng jeng kek pisang yang sudah masak dan bersiap sedia untuk dingap ngap. Sedap sangat kek pisang ni *ek eleh! di ni naik lif tekan sendiri pulak*
 Tetiba je malam tadi sipolan ni tak nak pakai baju. Pelik pelik, selalunya kemain susah nak suruh dia tanggal baju.Dia sedang menikmati kek pisang dengan caranya tersendiri.
 Nampak gaya Firdaus ni macam suka je kek pisang , habis 3 ketul kek dia makan sorang.InsyaAllah sekejap lagi nak baking kek pisang, yang baking  malam tadi dah tinggal separuh.


InsyaAllah jumpa lagi..........


Tarikh : 23 March 2013 8.00malam
Lokasi : rumah sendiri






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 22 March 2013

Demi mencari sesuap nasi ; Ombak dan badai tak ku hirau..........


Keadaan kesesakan lalu lintas di sekitar jalan Pelabuhan barat petang semalam

Jalan di hadapan pintu masuk utama  kilang


 Kontena  bersusun-susun
 
Jejak berantai ; kereta kuli ikut kereta bos besar(LCB),yang bertanda anak panah merah) , kereta dia pulak  ikut  kereta pak aji dalam usaha  mencari jalan alternative bagi mengelak kesesakan lalu lintas di jalan utama menghubungkan Pelabuhan barat-Pelabuhan Selatan&Utara.
Kereta bos besar memecut laju meninggalkan kereta kawan aku jauh dibelakang


Berbalik pada cerita jejak berantai ; Di jalan susur keluar highway skve  hanya  beberapa meter ke jalan utama,aku panik, kawan aku mula gelabah apabila secara tiba-tiba  tukang pandu arah(pak aji) memberhentikan keretanya di bahu jalan.Dia keluar dari kereta sambil memberi arahan supaya kitaorang meneruskan  perjalanan sementara dia pergi solat maghrib kat masjid berdekatan. "huh.suspen.....ingatkan apa...rupanya  dia  nak berhenti  pergi solat dulu. *tetiba terasa* Tak pelah,  tukang pandu  arah memandu arah separuh jalan je, InsyaAllah masing-masing dah expert  memandu  melalui  jalan  susur keluar highway skve ke  Jalan utama Pelabuhan Barat ni  .Maka tanpa melengahkan masa, kitaorang pun meneruskan perjalanan ke rumah  masing-masing. Aku sampai rumah lebih kurang pukul  8.30malam  itu pun setelah menghabiskan masa  hampir setengah jam dipasaraya  Giant.

Sekiranya tidak mengalami kesesakan lalulintas,perjalanan dari Pelabuhan Barat menuju  ke pelabuhan Selatan hanya mengambil masa 30minit saje.Tapi kalau jalan kaw kaw cat cat dog dog sesak tak ke ambik masa berjam-jam baru sampai ke destinasi.Pasal jammed ni , aku tak tahu nak cakap apa, cuma aku harap individu yang bertanggungjawab sedia pikul tanggungjawab untuk  mencari alternatif terbaek bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas  yang teruk  di  Pelabuhan Barat ini.*muntah hijau*








Tarikh : 21 March 2013 7.05malam
Lokasi : Jalan Pelabuhan Barat-Westport












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )