Friday 8 February 2013

Sambungan cerita masak-masak bersama makcik pasha sandha

Alkisahnya cerita hari ini  bersambung dari sini. Ko mampu cerita bersambung-sambung, hanya mereka yang mampu sahaja bisa menyambung-yambung cerita, tapi jangan amalkan tau tak baik  untuk sesebuah perhubungan tak  kiralah samada perhubungan di alam  maya dan lebih-lebih lagi  di alam  realiti . Lebih parah lagi ,bila  perbuatan menyambung -yambung cerita  diselang -selikan  dengan perbuatan  mereka-reka cerita , dapat pulak orang  yang jenis  kita  cakap lain dia tafsir lain, kang aku lipat baru dia tahu.Dapat pulak  dengan orang yang beli barang tapi tak tahu harga barang, barang sekilo tak pe ni barang bercarton-carton,tak  haram jadah kau kata??????????mak pasha sandah pun marahlahhhhh.


Berikut adalah bahan-bahan untuk menyambal ikan bilis petai 
Petai janji ado  dibelahkan ke tengah sedikit bagi memberi laluan kepada ulat -ulat yang tak diundang itu berjalan keluar dari dalam petai  atau dalam erti kata lainnya "nyah lu  dari petai".
Dua biji bawang besar sederhana size dihiris bulat-bulat .Bulat ke ni??????????
ni boleh kira dua genggam ikan bilis ke? digoreng (deep fried)
15 tangkai cili kering kot mesti ada kotkan dikisar bersama 5 biji bawang merah dan 1/2 cm belacan

Cara menyediakannya;

1)Tumis bahan kisar (cili kering, bawang merah dan belacan) dalam minyak panas sehingga naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
2)Masukkan 250ml air- kacau bahan kisar
3)Masukkan petai-biar petai agak empuk
4) Setelah petai agak empuk, masukkan gula, secubit kecil serbuk perasa, garam serta sekeping asam keping
5)Bila rasa masam, manis, dan masin seimbang,  masukkan hirisan bawang besar-kacau sekejap
6)semuanya dah  okey , tutupkan api dan masukkan ikan bilis goreng tadi.

Pada  masa dahulu di sebuah hutan kecil  ada sebuah pondok usang  yang didiami oleh seorang gadis yang cantik rupawan. Dia telah memasukkan nasi putih ke dalam kuali yang ada baki sambal .bla bla merapukannnnnnnnnnnnama gadis itu ialah san chiew poke poke

sambal potai sebelum ditaburi ikan bilis goring
Sambal petai tadi yang telah kutaburi ikan bilis goreng.Meriahkan ikan bilis goreng,nanti senanglah suami dengan Firdaus kaut ikan bilis goreng, potainya tinggal terkontang kanting.
Tetiba je nak melemak kobis, ikut ajaran arwah mak aku apa saja  jenis sayur yang di masak kuah lemak kecuali sayur nangka  tak perlu di buh serbuk kunyit tapi aku degil aku buh juge serbuk demi memuaskan mata aku  yang tak berapa suka nak pandang   kuah lemak yang kaler putih.kobis masak lemak aku ni simple je kuahnya aku buh hirisan bawang merah, cili merah dan segenggam ikan bilis tumbuk

Wajib bertelur dadar kalau menyambal ikan bilis-ayat cam haremmkan




Setakat ni jelah cerita aku untuk hari ni,jangan lupa hari rabu start kerja , motip ?


Whislist hari ni


1) InsyaAllah malam ni aku nak buat kek untuk MIL esok Gong xi fa cai esok  gong xi fa cai  ek eleh apasal suami aku  yang gong xi fa cai aku yang lebih-lebih ni






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )