Thursday, 28 February 2013

Resepi simple mudah sesuai untuk ibu bekerja -part I



Aku sendiri  rasa terkagum dengan diri sendiri,  dalam waktu-waktu  hari bekerja   aku gigih  menyediakan juadah makan malam biarpun aku tahu yang makannya hanya 3 mulut . Tak pe, tengah berkobar-kobar semangat nak masak  kita kena lupakan perkara yang boleh menganggu konsentrasi kita nak memasak ye dak. Hakikatnya , sesedap-sedap makan makanan luar kalau setiap hari makan pun jemu juge .Aku dah jemu aku dah bosan. Bukan tak nak masak bukan malas Cuma   waktu-waktu hari berkerja  aku   sampai rumah pun nak dekat maghrib , Firdaus pun sebelum balik rumah  dah siap  makan kat rumah pengasuh  dan suami pulak lambat balik kerja itu yang membuatkan  semangat aku nak memasak tu kureng sikit.Malam tadi aku masak simple je , aku goring ikan selar dalam 5 ekor, buat sambal belacan cair dengan sup fishball + kalian hongkong. Aku ingatkan aku sorang je makan , dekat nak pukul  9 Firdaus bagitau dia lapar.Terkejut  juge aku dengar bila  dia kata  lapar  tapi tak pelah budak tengah berselera nak makan, layan jelah.


Ikan selar disiang dan dicuci berseh kemudian digaul dengan  garam dan secubit kecil serbuk  perasa dan  diikuti dengan  sedikit rempah kari.Bila ikan dah bergaul mesra bolehlah gaul sekata  ikan tadi dengan 2 atau 3 sudu besar  tepung jagung  . Perap dalam 15 minit kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas.

Sambal belacan cair
Sepaket fishball-basuh dan belah dua
Lebih kurang 1/2 paket kailan hongkong-disiang , dicuci  berseh dan dituskan
Bahan-bahannya

1)sepaket fishball-dibilas ngan sedikit air dan dibelah dua

2)1/2 paket atau 1 paket kalian hongkong-disiang , dicuci berseh  dan dituskan

3)4 ulas bawang merah –dihiris

4)4 ulas bawang putih –dihiris

5)1 kiub  pati ikan bilis knors

6)Sedikit garam-Sesiapa yang suka sup sedikit masin boleh tambah sedikit garam


Cara-cara menyediakannya

1)Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih dalam sedikit minyak panas  hingga naik bau  dan layu-guna api sederhana

2)Masukkan kiub pati ikan bilis knors-kacau sekejap

3)Masukkan 600 ml -1000ml air-biar agak mendidih

4)Masukkan Fish ball

5)Masukkan kalian hongkong-biar mendidih sekejap

6)Tutup dan sedia dihidang


Abaikan budak yang sentiasa happy bila dapat makan nasi   dengan sayur terutama kalian hongkong, sawi cina   lebih lagi kalau digoreng dengan bawang putih








Setakat ni saje kemerepekan aku untuk  hari ini, jumpa lagi…………..







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang