Friday 22 February 2013

resepi ikan bawal tambak terbaek masak bersos momotulituli, sedapnya hingga menjilat jari


Maaflah, nama resepi aku kali agak kebaratan, kebaratan sepert bvlgari girl. Well you now me I tak boleh dipisahkan dengan perkataan bvlgari girl bila ingat bvlgari mula otak aku menerawang ke  beberapa tahun lepas  aku  pernah menang satu peraduan kalau tak silap aku  dalam majalah Wanita  dan  hadiahnya sebotol  bvlgari perfume.Kalau tak silap aku yuyi pun pakai bvlgari perfume dan kalau tak silap aku dia peminat minyak wangi bvlgari tegar. Apa kena dengan aku  ni? Dalam dua tiga hari ni tangan aku naik lebam  asyik menekan perkataan bvlgarigirl  dan muka Ms. Arianna hari-hari duk terbayang dalam otak aku .Bosan yang teramat sangat bila mengingatkan novel  bvlgarigirl  tak de ending story tergantung  macam tu saje, mulalah aku  rasa nak ketuk kepala sendiri nak bagi ketat  punat  dengan  skru  dalam kepala otak aku.


Berbalik pada tajuk entry, dua minggu sebelum tahun baru cina suami aku bawak balik 3 ekor ikan bawal tambak bersize  L lebih kurang lah tu. Harga sekor ikan I dunno.Nak tahu rega sila  contact  suami aku. Teringat masa zaman aku kecik,  aku suka sangat makan ikan bawal  sos yang arwah ayah masak.  Ikan bawal bersos arwah ayah sedap  tak de  tandingan. Macam mana tak sedap  arwah ayah akan mengoreng  ikan bawal separuh masak dulu sebelum dimasak sos dan yang penting kuah sosnya  mewah dan boleh menutupi keseluruh ikan . Bayangkanlah bila aku tak mejadi kekasihmu kevin opssss bila   rasa sos  menyerap ke isi ikan bawal, perghhhh  sedap momitolili. Begitulah ceritanya.


Ikan bawal dibersehkan, kelar depan belakang kemudian diperapkan dengan kicap cair. Sebelum digoreng,gaulkan  ikan tadi  dengan sebiji telur yang sudah dipukul.Sebelum digoreng gaulkan  ikan tadi dengan tepung jagung & ubi  .Aku masak  dua ekor saje, yang sekor lagi aku masak kemudian untuk yuyi bawak  balik ke rumah dia.


Wajib ,dua biji  bawang besar Holand dihiris bulat-bulat. Selebihnya aku masak kangkung goreng belacan ye.

Sekiranya nak masak dua ekor ikan bawal sila gandakan pengunaan sos cili, sos tomato  dan cili kisar
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
Sila pastikan ikan bawal tambak  digoreng Separuh masak di dalam minyak yang panas dan banyak
ikan bawal tambak selepas digoreng






Untuk pertambahan rasa kuah sos, jangan lupa masukkan garam , gula dan secubit kecil serbuk perasa


Cara Menyediakannya

1)Tumis hirisan bawang Holland hingga naik bau dansedikit layu. Bila dah naik bau , angkat dan ketepikan-guna api sederhana

2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak

3)Tumis  sos tomato dan sos cili

4)Masukkan 250 ml air-kacau dan kaup balik

5)masukkan sedikit garam dan gula –Seimbangkan rasa pedas, masin, manis dan masam kuah sos tadi

6)Jeng jeng apa tunggu lagi masukkan  hirisan bawang besar yang dah digoreng tadi ke dalam  kuah sos. Kacau kaup balik kemudian curahkan kuah sos  di atas ikan bawal tambal yang sudah digoreng sederhana masak tadi
 
slurppppp, ikan bawal tambak yang pertama, gigih tu aku asingkan bekas asalkan dapat ambik gambar kasi korang meleleleh
 ikan bawal tambak yang kedua, yang ketiga aku bagi yuyi bawak balik
Lauk tambahan ; kangkung goreng belacan
model aku yang sentiasa mantop dan berselera




Aku akhiri cerita ini dengan pesanan Prof Muhaya "JANGAN SEKALI -KALI BAJET BAGUS"



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )