Wednesday 13 February 2013

Pertambahan koleksi Boiboiboy; Yaya & ying





Sambungan  dari cerita di sini , Jumaat minggu lepas aku balik kerja sampai lambat dekat rumah.Ekceli aku boleh sampai cepat  tapi last minute suami bagitahu yang dia tak dapat jemput  jadi aku kenalah balik sendiri naik teksi, itu yang buat aku lambat.Alang-alang menyeluk pekesam biar sampai kepangkal lengan ,alang -alang dah lambat marilah kita  singgah  sekali ke Petronas membeli yaya dan ying untuk Firdaus.  Motip ; mungkin bila melihat  yaya dan ying dia akan lupa  tanya  kenapa aku lambat sampai ke rumah.*hakikatnya aku berkehendakkan yaya dan ying*
 


latar belakang yaya dan ying
Yaya



Yaya
 ialah salah seorang kawan BoBoiBoy yang juga memiliki kuasa super berian OchobotKeupayaan Yaya adalah terbang dan mengangkat benda berat.

KUASA

Yaya boleh terbang dengan sangat laju di angkasa sehingga sukar dikejar oleh apa-apa yang mengejarnya, termasuk peluru. Dia juga mampu mengangkat barang-barang yang berpuluh kali lebih berat daripada dirinya, termasuk gajah dan kapal angkasa. Oleh itu, dia boleh diibaratkan dengan Superman.

RUPA

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berhentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.
Mengikut konsep asal watak ini, Yaya kelihatan tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang.

PERWATAKAN

Penampilan Yaya bagaikan seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya selalunya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang.

Ying


Ying ialah seorang rakan seperjuangan BoBoiBoy yang memiliki kuasa lari pecut yang juga berian Ochobot.

KUASA

Ying mempunyai kuasa memecut sepantas bunyi sehingga mampu mengelilingi seluruh lilitan Bumi dalam masa beberapa saat sahaja, apatah lagi mampu mengatasi kelajuan peluru. Bagaimanapun, Ying kehilangan kuasanya apabila bersin, jadi dia perlu bersin lagi untuk mendapatkan kembali kuasanya.

RUPA

Dia memakai topi bulu berwarna kuning yang beralas cermin mata berbingkai biru. Dia memakai baju berlengan panjang yang berjalur biru, merah dan kuning, beralas anak baju yang kuning, berjalur jingga di bawah dan bertepi hitam. Dia memakai seluar biru yang menutupi lututnya, dan kasut sukan berwarna kuning. Apabila bersin dan hilang kuasa, cermin mata Ying jatuh pada matanya, tetapi apabila bersin semula dan pulih kuasa, cermin mata itu balik kepada topi.

PERWATAKAN

Ying suka membuat usikan membuat panggilan telefon lalu muncul di depan penerima panggilan, walaupun sebelum menerima kuasanya (dengan menggunakan telefon bimbit). Ini makin mudah setelah Ying menerima kuasanya, kerana dia tidak perlu dekat dengan penerima panggilan untuk memulakan usikan. Walaupun sedikit nakal, Ying tetap seorang rakan yang setia dan sedia menolong sesiapa dalam kesusahan.



Setakat ni saje cerita aku hari ni, the moral of the story semua watak utama  dalam boiboiboy aku suka kecuali watak lelaki dan perempuan yang tak de mengena dengan kerja aku tapi suka sibuk nak tanya pasal bos aku.haktuiii tuiii

Pengikut Tegar : )