Monday, 18 February 2013

From Sekinchan with love ; Kami berempat menyelusuri batas sawah bendang, bahagianya aku kerana itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di atas batas sawah bendang

Bila bercerita mengenai anak-anak sudah pasti hati seorang ibu  berbunga gembira. Tiada apa yang boleh  mengembirakan hati seorang ibu selain melihat anak-anaknya gembira dan bahagia ye dak. Anak-anak adalah anugerah dari Allah SWT yang tiada ternilai buat aku. Merekalah yang menjadi sumber insprasi, sumber kekuatan aku  dimana suatu ketika dahulu aku  pernah  terumbang-ambing dalam  mencari hala tuju hidup  .Aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana  kehidupan aku tanpa anak-anak.Gembira mereka, gembiralah aku, sakit mereka,  sakitlah aku, sedih mereka , sedihlah aku begitulah hubungan aku dengan anak-anak diibaratkan. Duhai anak setiap saat, minit, jam, hari, minggu,bulan dan tahun  yang berlalu , setiap denyutan nadi emak selalu mengingatimu.


Boleh tak  makcik tempe  tuju lagu? okeylah makcik tempe nak tuju lagu Dealova untuk anak-anak makcik  yang sentiasa sengal.Diharap anak makcik sudi tekan LIKE.

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Biarpun  peristiwa itu berlaku semalam, minggu lepas, bulan lepas atau  tahun lepas  tapi bila peristiwa itu berlaku ketika aku bersama anak-anak   ianya  kurasa seolah-olah baru  saje berlaku   beberapa saat  lalu.

Tujuan suami bawak aku  dengan anak ke Sekinchan adalah untuk melihat sampan berenjin sangkut yang diordernya dengan Peng Huat Trading. Sesiapa yang berhasrat  hendak  membeli sampan berenjin sangkut sudi-sudilah ke Peng Huat Trading di Sekinchan. Sebelum menuju ke Sekinchan suami bawak kitaorang alas perut kat Port Village.

Rambut baru, Effa dalam ingatan : )

Alah tak menahan main suap-suap kacang pulak
Lala goreng cili feveret Firdaus
Kailan goreng bawang putih
 
Tak ambik nasi putih, suami order nasi goreng cina atas permintaan ramai

Ikan kerapu stim soy sauce
ko mampu makan lala goreng pakai  sudu dan garpu
Masa makan tak ambik banyak gambar gula-gula hacks 


Lepas makan  terus gerak ke  Sekinchan,  kali ni dah kali  ketiga aku mengikut suami ke sini.

 Orang kata jangan masuk , dia  gegar papan tanda dilarang masuk
Suami aku sedang meninjau-ninjau sampan berenjin sangkut
 tepi sawah bendang tu dik,  tak elok berseluar jeans dan berkaca mata hitam 
Kalau bergaduh tak ingat dunia , bila masa baik macam belangkas

model  yang sedang menunggu tawaran dari syarikat pengiklanan antarabangsa.nak antarabangsa je

Apasal mulut dorang ni macam sama paten je


Model sampan berenjin sangkut

mandur estet sedang meninjau-ninjau kawasan
 gigih suami aku membelek-belek sampan 
"ayah okey tak?" Pertanyaan itu tanda ambik berat


pertama kali melihat sawah bendang di hadapan mata, aku teruja yang amat sangat
e
Akak bersama adik sedang menyelusuri batas sawah bendang
 Macam ni ke gaya budak sekarang bila berada di sawah bendang?
"mak , kat sawah boleh hisap rokok tak?"  seriously aku rasa nak penampar gula-gula hacks




Aku tak tahu apa yang pekerja tu tabur di atas sawah 

Anak-anak aku pun turut sama  teruja seperti aku bila pertama kali melihat sawah bendang di hadapan mata
 "mak , boleh tak Firdaus bawak balik beras ni? Tanya anakku tanpa rasa bersalah.

Setakat ini saje cerita aku untuk hari ni, aku sudahi cerita ini dengan  gambar jagung ole-ole dari Sekinchan 





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang