Monday 14 January 2013

Perhimpunan KL112 tak tak aku tak tahu pun ....akhirnya kebenaran itu terbukti jua...................



Abaikan tajuk yang tak berfeadah tu. Berbalik pada cerita  dua hari lepas ; Sumpah aku tak tahu pun hari sabtu hari tu  mereka buat perhimpunan KL112, kalau wa tahu pun wa  tetap mahu keluar .Kalau rasa naik kerete jalan jem aku  boleh naik komuter ye dak, wa tatak fedulik. Serius aku rasa macam dah lama gila tak pergi Shah Alam naik komuter. Kalau tak silap aku last  aku naik tren komuter  pegi Shah Alam masa Firdaus berumur 3 tahun. Dan kebetulan masa  aku nak pergi Shah Alam tu  yuyi memang  tak balik ,   jadi aku pun bawaklah  Firdaus  naik tren  pergi  Shah Alam .

Senang kerja aku semenjak Firdaus dah pandai beli tiket komuter ni , aku tukang  jadi pemerhati dari jauh. Bahagianya ,tak sampai 5 minit menunggu tren komuter pun sampai.Sampai  je kat  Station komuter Shah Alam laju je otak aku  menerawang mengingatkan  kenangan  aku bersilih ganti  menolak stroller Firdaus  dengan gula-gula Hacks.Rasa macam pantas je masa berlalu bila kita sedang berbahagia bersama keluarga yang tersayang .Masa seakan-akan mencemburui kita, pejam celik pejam celik Firdaus dah berumur 8 tahun

So, bila dah dapat peluang keluar berdua dengan Firdaus  apa lagi yang kitaorang boleh  buat kalau tak makan  dan terus makan.Makan sampai tak ingat dunia: ). Maaf kualiti gambar kurang  memuaskan  atas sebab kesilapan teknikal *bajet sebelum ni gambar  kat sini cantik-cantik belaka*

Ni  kali kedua aku makan kat sini, kalau tak silap aku  kali pertama aku makan kat sini tahun lepas dengan yuyi dan gula-gula hacks.




Tetiba je tekak  aku ni nak makan bihun goreng aku orderlah  fried vermicelli  with mum's sambal sauce dan Untuk Firdaus aku orderkan   house special fried rice with chicken wings , aku tamak boleh pulak tambah order Stir  Fried Squid with Lemongrass.  Firdaus dengan nasi mana boleh dipisahkan.


 Minuman pulak aku order   watermelon jus dengan manggo jus,

  Asiari Restaurant

Address:

Lot GF-25 Ground Floor, SACC Mall Jalan Perbandaran 14/9, 40000 Shah Alam, Selangor.

Business hours:

11am - 10pm

Directions:

From the main entrance (next to Pizza Hut), walk straight inside the mall. 





Dari Asiari Restoran aku menuju ke Big Apple Donut & Coffee . Nilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Entah mimpi apa   aku melangkah ke sini ?.
Menyesal beli ais blended sampai dua ,aku  ingatkan ice blended tu dalam bekas  kecik

Kat rumah sambung makan donut lagi : )
Firdaus bersama donut pink twister
cukup untuk 3 orang makan. Pilihan aku mestilah De La Cheese yang ada mewah  taburan cheese

*******************************

Masih lagi dialam fantasi Big Apple Donut ; Petang semalam aku dengan Firdaus mencari   Big Apple donuts di JJ Bukit Tinggi pulak .Sesekali makan tak pelah,pada  aku donut  ni ada sedikit manis , setakat sorang makan dua ketul okeylah  kot. Bila dah sampai JJ tak sah kalau tak singgah kat MPH dan Lavender
 sedaplah tu sampai tak perasan mulut comot cam tu sekali : )
 makan donut sampai tak ingat dunia 
   Firdaus suka  egg tart aku pulak suka yang tengahnya ada cheese tu 
Lavender terbaek


Aku sempat rembat beberapa buah  buku untuk Firdaus kat MPH. Semenjak Firdaus start sekolah ni aku  kena dodoikan mata  Firdaus dengan bacakan dia  buku supaya  dia cepat tidur.



Sekian saje cerita aku , Big Apple Donut & Coffee dan Asiari SACC Mall



Sekadar peringatan buat kita

Jangan cepat melatah, kehidupan kita ni adalah seperti roda yang berputar , sekejap kita berada di bawah dan sekejap kita berada di atas. Jangan ketawa melihat  kejatuhan orang lain , Marilah kita berdoa semoga dia insaf   atas semua  perbuatannya.Kalau kita ada masalah dengan  dia pun janganlah cuba babitkan anak-anaknya  dan keluarganya  yang tak berdosa.





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )