Tuesday 29 January 2013

mimpi yang tersirat disebalik tersurat


Pagi tadi masa dalam kereta kak limah aka  dewi penglipurlara

Aku : akak  peninglah kak limah bila memikirkan  mimpi akak malam tadi .Tak pernah lagi akak  mimpi seburuk tu sebelum ni

kak limah aka Dewi : arghhh ko ni kak macam-macam je

Aku : wa cakap lu  kak limah, lain macam punya mimpi ,naik meremang bulu roma akak ni.

Kak limah aka Dewi : cer cite cer cite

Aku : budak lelaki mulut longkang cum musuh ketat akak  tu putus tunang.

kak limah aka Dewi : bila masa budak lelaki tu bertunang?

Aku : kau ni lemaulah, hari tu kan akak  ada cite kat kau yang tunang dia tu pelakon drama spektra tahun 80an.


kak limah aka Dewi : oh ye baru saya ingat, lepas tu apa cer

Aku : dalam mimpi tu,Lepas dia putus tunang  dia terus  ucah awek alam buniannya itu opssss  .saper suruh  main-main dengan makcik tempe???

Kak limah aka Dewi :  hari tu akak kata nak tunjukkan kat saya nota luahan cintanya  terhadap awek alam buniannya  yang akak telah copy paste itu. 

Aku : memeh lah kak limah, bawak bertendang ye.Biar akak habiskan cite mimpi ni dulu.

Kak limah aka dewi : okeylah apa terjadi selepas tu?

Aku : entahlah akak dah banyak  lupa.Seingat akak  tetiba  suasana jadi gelap dan bila keadaan  kembali terang akak lihat budak lelaki  yang putus tunang  sedang bersanding dengan awek alam buniannya  di atas pelamin yang tersergam indah. argh ko mampu

Kak limah aka dewi : simbolik dan puitis serta amat  mendalam sungguh  maksud mimpi kau tu kak . Aku yang dah biasa  bermain dengan bahasa putis ni pun terlalu sukar hendak menafsir  maksud disebalik mimpi itu.

Aku : hak tuiiiiiiiii pandai bahasa puituis  konon  arghhhh tu dia  "KARABENA"  dah sampai, meh kita tapau apa yang patut.








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )