Thursday 17 January 2013

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna tapi pada aku menyesal kemudian pun tak mengapa daripada kau tidak pernah menyesal langsung

Dia dah tentulah masih mencari-cari jalan keluar dari kegelapan dan kebinasaan, habis  kau yang rasa suci  dah jumpa jalan keluar tu masih mahu menjerumuskan diri kau ke dalam kegelapan dan kebinasaan , kenapa? Apakah kau merasa bangga megah bila dapat  mengaibkan dia atau kau gembira melihat dia jatuh tersungkur. Kita bukan tuhan Siapakah kita dan kau untuk menjatuhkan hukuman  kepada seseorang. Boleh tak kau pergi mirror diri kau dulu

mirror mirror on the wall
aku baik sangat ke?
dah tentu mirror tu bagitahu
kau pun dulu pernah je berdua dengan orang yang kau maki cerca tu kutuk anak, mak dan bapak orang lain.Jangan ingat orang lain tu boleh lupa.


Masa tu kau nak cakap apa? Tetiba je bajet kau marah orang kutuk keluarga kau. Kau boleh melenting & marah bila kau rasa kau memang tak pernah kutuk maki hamun dan cerca keluarga orang lain. Aku ingat juge sikit -sikit apa yang kau buat tu. Aku lebih kasihan kat  kau dibanding dengan  orang yang kau kutuk tu, kau ni sebaya anak aku muda sangat masih belum  cukup makan garam.Apa kata kau ambik nasi panas kau gaul sikit garam dan tambah air sikit  lepas tu kau suap kat mulut kau. Masa tu kau baru tahu macam rasanya makan nasi bersama air garam. Aku ingat lagi kata suami aku ,  "hari ni aku pukul kau, esok aku boleh duduk semeja makan dengan kau"  Teramat mendalamkan  maksud dia tu.


Kalau kau ada anak, suami, mak dan ayah , orang lain pun ada juge, oleh itu sila pastikan kau berfikir baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita tak dapat jangka hati dan perasaan orang, kalau dia boleh ambil  kutukan , caci maki kau sebagai pembakar semangat untuk dia bangkit semula meneruskan kehidupan syukur Alhamdulillah  tapi bagaimana kalau dia  benci dan menyampah dan pada ketika itu  syaitan menjalankan peranannya menghasut dan  menguasai   hatinya, maka dia akan  bertindak mengikut arahan kepala lututnya. Tetiba muka kau yang licin halus mulus esok lusa  jadi sopak dek kena simbah acid cuka getah*penyimbah masih ada hati dan perasaan sebab tu  dia guna cuka getah je* la la la , yang paling dahsyat lagi berita pukul 8 malam keluar berita *aku tengok berita pukul 8 malam je*

Seorang wanita yang telah berkahwin diculik dan di ro***  (kalau yang ro sorang tak pe kalau kena ro beramai-ramai, tak hancur) dan dibakar hidup-hidup

pesanan yang sesuai *Ingatlah orang tersayang, Berhati-hati dijalan Raya*



Cerita diujudkan gara-gara


1)Aku tak dapat mengdownload gambar  ikan cencaru bakar dengan pantasnya *ek eleh* kerana broadband aku  kehabisan  gigabyte nak beli gig pun rugi sebab   esok  dah 18 hb setiap 18hb celcom akan reset semula kadar pengunaan  kepada 0

2)aku ada sedikit kesal dengan perbuatan orang yang menganggap dirinya suci dan  berlagak menjadi  tuhan nak menjatuhkan hukuman sesuka hati. Kau lupa ye, bukankah suatu waktu dahulu kau dan orang yang kau hukum tu  bersekongkol untuk menghentam aku dan keluarga aku.Aku diam tapi aku catat dalam buku nota. Oleh kerana kau sebaya yuyi aku abaikan , bak kata suami aku  "dia muda lagi budak baru nak hidup ,bagilah dia  peluang  hidup lama sikit" 
Tapi Alhamdulillah orang yang  busuk sangat yang kau benci  (kau kata ye) ada juge hati  nak datang menghulur salam kemaafan kat aku. Samada dia ikhlas atau tidak itu antara dia dengan Allah SWT.



Sekian saje, aku tak boleh bagi lebih-lebih kan terlepas kepada episod yang tidak diingini.







Pesanan khidmat masyarakat ini di bawa oleh iniblogcikinadodocheng.blogspot.com



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )