Tuesday 15 January 2013

Mee goreng pedas sehangat hati ; bahan -bahan dijumpai dalam esbok

 Aku dah buhsan, muak , jelak, mual nak melayan keranah manusia yang tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku ni.Aku tak tahu apa yang dia  tak puas hati lagi dengan aku. Apa yang dia nak cuba aku buktikan pun aku tak tahu? Menguji kesabaran aku di saat aku sedang jiwa kacau memang ada kesilapan besar di situ. Manusia ni  kalau dah senang memang kerjanya nak menyusahkan orang lain ke?Entah apa kena lah dengan manusia sebegini.Kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan dan menganggu  orang lain.Nasib baiklah gua  berfikir sebagai pekerja  paling cemerlang dalam syarikat ini yang ada potensi untuk menjadi general manager suatu hari nanti  , gua terus urut dada sendiri dan bersabar serta bertenang.


Berbalik pada tajuk cerita hari ni. Yes, mee goreng pedas yang tak berapa pedas ni diujudkan gara-gara

1)aku buhsan nak masak nasi
2)aku jelak nak pandang nasi
3)aku mual nak bau nasi, ni bukan bermakna aku pregnant
4)nak perhabiskan balance ayam  nasi ayam
no 5,6, 7,8 dan 9, 10 dan seterusnya lu orang sambung sendiri

kita pergi ke cara-cara membuat mee goreng yang tak berapa nak pedas sangat .

Aku TERjumpa dalam esbok kat rumah sendiri ; 3-4 tangkai sawi dan setangkai daun bawang, terus aku siang, bersehkan dengan air  dan tuskan.

Kisar 6 tangkai cili kering  yang dah di rendam dalam air panas bersama 4 biji bawang merah dan 6 ulas bawang putih

Aku TERjumpa sebungkus mee kuning dalam esbok, terus aku keluarkan.Bila dah agak lembut aku terus basuh dengan air dan tuskan
 Ayam seketul balance ayam nasi ayam aku TERjumpa dalam esbok
Ayam tadi dipotong sederhana besar
  Tumiskan bahan kisar  sampai naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana 
 Bila bahan tumisan dah naik bau masukkan ayam yang dah dipotong tadi, kacau dan kaup balik sekejap. Kemudian masukkan sawi diikuti dengan mee kuning , kacau  dan kaup balik . Bila mee dan bahan-bahan lain  dah bergaul tanpa batasan , kita terus masukkan  lebih kurang dua sudu besar tiram serta kicap kipas udang lemak manis(ikut citarasa masing-masing)  untuk memberi  sedikit rasa sedap, masin dan manis pada  mee goreng. Tak reti-reti lagi bila rasa mee goreng tu dah okey mantop seisi rumah dah terbau mee goreng yang korang buat, sila tutup api , angkat dan sedia dihidang untuk keluarga tercinta.
yes, tu dia mee goreng pedas sehangat hati.mantop jangan tak mantop



Sekian saje cerita aku , hangat hati dan mee goreng



Dari Fasha Misha Paris yang sedang menanti kelahiran anak ke 10(saper dia tu) semoga Fasha Misha Paris TERjumpa jalan pulang ke opis.






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )