Tuesday 11 December 2012

Thai salam MBO kali kedua ; Harbour Place Port Klang

 Seperti apa yang aku beritahu di sini, Syukur Alhamdulillah pada hari khamis yang lepas  tertunai sudah  janji aku hendak membawa  suami mencuba dan merasa makanan di Thai Salam .Owhh owhh  Lihatlah dunia dimulut aku mengucap syukur tapi dalam masa yang sama aku menarik nafas lega kerana suami membayar bil makanan dengan rela hati. Mahunya aku tak terkejut waktu tu , lari konsep selalunya orang yang  mengajak keluar makan tulah yang kena membayar bil, ye dak. Aku tak de hal .Tak kira apa saje konsep yang suami cuba lakukan,  aku terima je dengan hati terbuka asalkan ia memberi hasil yang berbaloi : )


Setelah selesai sesi  merasa semua  makanan yang di order suami kata makanan kat sini boleh layan  dia  pun sependapat dengan aku.

Memandangkan waktu malam  dan cuacanya sejuk  kami memilih meja makan yang terletak  di koridor kedai .
Bila bersama  ayah kegedikkan Firdaus agak terbatas  
 Apa saje yang diborakkan dua beradik ni.Firdaus tak de dalam gambar
minuman terbaek di restoran seafood ialah chinese tea tak kira sejuk atau panas 
Gula-gula hacks maintain ; yuyi masih melayan Firdaus di situ.  
 dayang-dayang ku sedang mencedok nasi
Tomyam Thai feveret aku forever
 Siakap stim tiga rasa ; tips berguna ; Sekiranya kita tak pasti samada ikan yang disajikan ikan   segar atau tidak segar jalan yang paling selamat ialah  dengan mengorder ikan yang dimasak  stim atau goreng tiga rasa.  
 
Kangkung goreng belacan

motip suami aku order sampai dua hidangan sayur ni?kailan ikan masin


jeng jeng tomyam seafood ; abaikan daun ketumbar yang tersangkut ditepi mangkuk tomyam

 sizzling bean curd

lemon chicken ; tak sempat aku ambik gambar lagi  dorang dah bedal separuh
 Elok bebenorlah tu lepas makan terus duduk  atas kerusi urut ?



Jumpa lagi.......opss lupa plak sila bertabah ye orang yang tinggal di luar negeri Selangor


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

1 comment:

Nieda Ramly said...

kita senasib terpaksa pindah ke blog baru...huhuhu sedih.

Pengikut Tegar : )