Tuesday 18 December 2012

mak menakan idola ku

Mahu suami aku lempang  pipi aku laju-laju  bila dia dapat  tahu yang  aku mengidolakan malique


Dalam kehidupan ini rasanya kita tak pernah lari dari menyanjung  atau memuja seseorang . Setiap orang ada mempunyai idola masing-masing, ada yang memuja pelakon , ada yang memuja penyanyi, ada yang memuja bos sendiri, macam -macam lagilah yang dorang puja dan sanjung . Begitu jugelah aku, ada beberapa orang yang  yang aku sanjung -sanjung  antaranya


1)Nabi Muhammad SAW
2)emak
3) Malique
4)Jon bon jovi


Sila abaikan Jon Bon jovi tapi bila difikir 44 kali  rasanya lebih baik aku menyanjung dia daripada biskut empat segi. Seriously aku respek dengan budak picisan yang bekerja  tak  sampai dua tahun ada perasaan belas kasihan pada  mak menakan(biskut empat segi)yang  tertinggal kunci. Wa respek lu bro & sis.  Budak baru yang cuba berjinak-jinak nak belajar sayang orang  selagi dia  belum kenal erti bosan muak jelak biarkan lah ye dak. Aku dah muak , jelak ,bosan, mual  melayan keranah orang-orang macam biskut empat segi sehingga sampai satu tahap yang aku dah tak kuasa nak bertanya  ke mana dia pergi  setiap kali dia mengambil cuti panjang.  Alah  mungkin aku spesis macam  budak-budak tu juge  masa baru-baru keja bila dah bertapa kat sini hampir 20 tahun perasaan nak membizi body hal mak menakan  , perasaan sayang dan kasihan dengan mak menakan  tu  semakin hari semakin pudar sekarang timbul perasaan nak baling muka mak menakan  dengan Abba file.  

Kes tertinggal kunci ni bukan kes baru , masuk  hari jumaat lepas tu dah kali ke  10  dia tertinggal kunci . yang ado ko mampu. Pernah sekali tu sedang aku sibuk  membuat persiapan untuk menyambut hari raya , masa tulah dia  call bagitahu aku yang dia tertinggal kunci dan masa tu juge dia nak mengambil  kuncinya yang  ada dalam simpanan aku .  Buatnya pada  masa tu angin  kus kus aku datang aku bagitahu aku berada kat KL  dia nak buat apa , buat bodoh kah kah kah . Bodohkan masa tu dia tak fikir penangan menyuruh  orang lain menjaga dia punya kunci.

Part yang tak menahan bila sorang kak nam ni menasihati aku supaya jangan melawan cakap  mak menakan sebelum dapat bonus. Ya Allah ya tuhanku  Baru aku tahu jumlah bonus bergantung kepada lawan atau tak  lawan bos.  Kelakarnya sangat statement  kak nam tu, Bukankah maruah diri itu lebih bernilai dari  wang ringgit?Bukankah maruah itu menentukan harga diri seseorang?fikir fikir dan renungkanlah selamat beramal.

opss lupa plak lepas ni bolehlah  aku bagi kunci biskut empat segi  tu kat orang-orang yang memuja dan mengidolakan dia tu. Senanglah  keja aku lepas ni .Tak payahlah  masa cuti aku nak angkat call perempuan gila@biskut empat segi  yang 24/7  tertinggal kunci atau handbag(opps duit menimbun orang tak banyak duit macam dia. Seriously perkara yang paling aku benci sekali adalah bila masa  bercuti aku terpaksa menjawab panggilan dari ofis terutama panggilan dari mak menakan .Pernah sekali tu aku tengah berjimba-jimba dengan anak aku kat Shah Alam dia  call aku hampir 5 kali tapi aku tak angkat. Bodohkan penting sangat ke aku ni sampai kau ganggu masa aku bercuti. Pesanan aku ; kita jangan nak perasan-perasan yang kita penting sangat  dalam sesebuah syarikat, seriously bila kau letak jawatan dalam masa 24 jam dia boleh cari  pekerja baru. The moral of the story tak payah nak kembang-kembang sangat bila kena puji dengan mak menakan  lagilah mak menakan  kau tu #chayanunaligpakajimatabuta# ha ha ha ketawa slow slow slow

Seriously aku rasa macam tak masuk akal je bila  aku yang berkelulusan SPM ni  membantu kau yang berijazah falsafah kedoktoran terpuji berganda-ganda dari unibersity oxford , kau memuji  aku pandai dan bijak . Pada aku  ucapan terima kasih itu mudah tapi  bermakna dari pujian yang   melambung -melambung .




Sekian saje buat masa ni, I ada keja yang perlu disetelkan


dari perempuan yang anti rasuah, bodek dan ampu.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

3 comments:

Eye_nee said...

Biskut empat segi kdg2 dipanggil juga biskut mayat...dlam segmen dan cerita serta watak babak dlm tulisan ko ni bolehkah empat segi biskut ini disamakan karektornya dgn biskut mayat ni....tiada rasa...tiada rupa ..mengenyangkan tp sekejap kiranya bagaikan tidak memberikan manfaat pd org lain...

Cik Ina Do Do Cheng said...

welcome back geng. yes, tepat sekali namanya biskut mayat. seriously spesis macam tu susah nak padam .

mshazadoes said...

huhuhuhu,,familiar tol biskut empat segi nih eh..

Pengikut Tegar : )