Monday 31 December 2012

Fruity bakery & cafe ; pilihan makcik dulu kini dan selama-lamanya

 Petang Jumaat lepas   yuyi ambik aku balik  kerja . Masa tu dia  tengah demam selsema , aku memang tak bagi dia ambik aku. Kalau boleh aku suruh dia rehat sepenuhnya kat rumah tapi dia degil nak gak  ambik aku balik  kerja. Dalam kereta dalam perjalanan ke rumah dia bagitahu aku perut dia lapar kalau boleh dia  nak makan kat Fruity. Aku on je , Sampai je rumah aku terus ambik Firdaus dari rumah pengasuh.Waktu tu suami pulak dah balik kerja aku ajaklah dia pergi sekali.

Yang bestnya Fruity Bakery & cafe ni ada bermacam-macam menu cuma yang tak de kat sini  menu masakan kampung je . Menu wajib setiap kali kitaorang makan kat sini semestinya croissant tuna , laksa Thai dan kek.Kat sini memang mewah kek yang sedap-sedap belaka. Yuyi yang suka order kek memang tak pernah mis  order kek,  ada 2 atau 3 jenis kek  yang dia suka kat sini.Salah satunya  black forest cake. Cheese cake memang dia tak gemar , aku je gemar cheese cake.ha ha ha .Jadi haruslah order untuk aku cheese cake.

Budak tak sihat bersama dengan budak yang tak sabar tunggu makanan tiba
 Sekarang ni aku dah  beralih arah kepada green tea dan chinese tea
selera orang tak sihat : )
 terbaek ; keknya  sedap serta mewah krim
 croissant tuna yang sedap
 sizzling chicken rosemary
Baru je habis makan kek terus makan chicken chop.Semenjak cuti sekolah ni nampak sangat badan dia dah berisi.
suami makan Thai laksa




Sekian saje cerita Jalan-jalan cari cafe aku  buat masa ni............................Lega makcik kelengkapan sekolah putera bongsu dah setel.Persiapan putera bongsu ku back to school akan ku ceritakan  malam ni, InsyaAllah. *puii putera bongsu konon*


Dari makcik peminat tegar tempe dan cheese cake





 iklan tak  berbayar

Address:
Fruity Cake Sdn Bhd,
No. 107, Lebuh Turi,
Off Persiaran Raja Muda Musa,
Taman Chi Liung,
41200 Klang, Selangor
Tel: 03-33731071 (Hunting line)

Branch:
Maju Junction Mall,
K02, Lower Ground Floor, 1001,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26925813







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )