Monday, 24 December 2012

Cerita kahwin , tunang dan boyfriend yuyi yang kaya raya

 Fitrah manusia ;  kebanyakan manusia   tak suka melihat kebahagian manusia lain. Bagi  manusia sebegini penderitaan manusia  lain adalah kebahagian bagi mereka. Seriously aku kurang faham  dengan manusia  sebegini. Bak kata suami aku ; manusia  sebegini manusia yang tak bahagia. Rezeki Allah SWT  walau makan nasi berlaukkan garam kita kena  rasa bahagia. Percayalah andai waktu  boleh diputar semula. aku  pasti tak akan melepaskan  peluang tu biarpun aku kena makan nasi berlaukkan garam tapi aku  bahagia kerana pada masa tu  keluarga aku masih ada disisi . Dan percayalah kesusahan dan penderitaan kita  tulah yang   membuatkan kita lebih  menghargai kehidupan.

 Aku pinta pada mu , Ya Allah  jauhkan lah aku  dari sifat-sifat manusia sebegini. Bila ada manusia-manusia yang di luar sana suka sangat nak  menderitakan  diri sendiri setelah melihat kebahagian orang lain jadi  jangan marah ye dengan tajuk entry aku hari ni. Untuk pengetahuan orang di luar sana Janganlah rasa tercabar, keluarga kami  ni terdiri dari  golangan marhaen je , tak punya wang ringgit beribu-riban dalam bank apatah lagi harta menimbun.Kenapa ada rasa tak puas hati dengan kehidupan orang kebanyakan macam keluarga kami ni dan kat sini pun aku tak pernah  war war kan  yang kesemua  anak-anak aku ni  baik-baik belaka

Dalam kehidupan ni anak-anak  dan arwah mak adalah harta yang paling bernilai aku miliki . Nak mampuslah tu kalau ada sesiapa  yang berani melukakan perasaan  anak -anak aku  dan arwah mak apatahlagi  buat mereka mengalirkan air mata. Sejujurnya pertama kali aku melihat yuyi sebak serta  mengalirkan airmata masa dia dah dewasa ni ialah  pada bulan lepas  .Entah macam mana pada masa tu aku boleh tidak semena-mena  bercerita mengenai kehidupan  masa lalu aku. Bukan niat aku nak buat dia sebak apatah lagi menangis.  Malam tadi buat kali kedua, aku mendengar  dia  bercakap dalam nada suara sebak dan menangis teresak-esak dihujung talian . Aku berusaha menenangkan perasaan dia . Aku katakan padanya  Allah SWT nak kita tahu yang takdir tetap milik dia walau impian itu milik kita, walau datangnya  sesenang apa pun kalau Allah SWT kata tak akan jadi milik kita, ia tetap tak akan jadi milik kita.

Stop cerita pasal sebak , sedu sedan dan manusia manusia yang tak mendatangkan hasil dalam hidup aku tu ; Petang jumaat lepas yuyi belanja aku dengan  Firdaus makan makan kat Thai Salam. Belanja tu kasi highlight mana tau ada yang tak berapa perasan.Kali ni kitaorang tak order yang berat-berat, asyik yang berat-berat je jemu pulak .Sesekali nak juge makan yang ringan-ringan ye dak.
Budak yang sentiasa ceria bila dapat makan : )
 Feveret yuyi beancurd sizzling
 Firdaus dengan nasi tak dapat dipisahkan ; nasi bersama ayam sweet sour
 Walaupun tak makan nasi tomyam wajib ada
Tetiba je aku nak melayan mee sup.sedap






Sekadar luahan hati

Dalam hidup ni  3 situasi yang  boleh membuatkan  aku  sebak  serta mengalirkan air mata deras

1) Selepas arwah mak aku dikebumikan dan masa melihat arwah mak tiada di tempat pembaringan

2)  anak-anak aku sebak dan menangis

3) Selepas marah, bengang dan sakit hati. Ada ke orang  yang  nak marah dan sumpah seranah orang lain sesuka hati.Sila  bagitahu aku . Tapi entah kenapa pagi ni aku dah memarahi , menyumpah menyeranah orang hanya semata-mata  broadband buat hal. Kalau sekali dua buat hal  tak pe  ni dah kerap sangat .Apa cerita? Saje suka nak kena sumpah seranahkan, apasal baru sekarang  nak bagitahu aku yang broadband bermasalah bermula dari 12 December hingga sekarang. Bab majlis pemimpin  bersama rakyat , najib mengucapkan Selamat Hari Raya ,iklan  entah apa kejadahnya sibuk pulak nak  bagitahu aku . Aku tak nak tahu semua tulah.





Sekian saje cerita aku buat masa ni.........

Dari makcik yang tak suka orang menyamakan nilai persahabatan dan kekeluargaan  dengan wang ringgit dan harta menimbun





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang