Monday 31 December 2012

Fruity bakery & cafe ; pilihan makcik dulu kini dan selama-lamanya

 Petang Jumaat lepas   yuyi ambik aku balik  kerja . Masa tu dia  tengah demam selsema , aku memang tak bagi dia ambik aku. Kalau boleh aku suruh dia rehat sepenuhnya kat rumah tapi dia degil nak gak  ambik aku balik  kerja. Dalam kereta dalam perjalanan ke rumah dia bagitahu aku perut dia lapar kalau boleh dia  nak makan kat Fruity. Aku on je , Sampai je rumah aku terus ambik Firdaus dari rumah pengasuh.Waktu tu suami pulak dah balik kerja aku ajaklah dia pergi sekali.

Yang bestnya Fruity Bakery & cafe ni ada bermacam-macam menu cuma yang tak de kat sini  menu masakan kampung je . Menu wajib setiap kali kitaorang makan kat sini semestinya croissant tuna , laksa Thai dan kek.Kat sini memang mewah kek yang sedap-sedap belaka. Yuyi yang suka order kek memang tak pernah mis  order kek,  ada 2 atau 3 jenis kek  yang dia suka kat sini.Salah satunya  black forest cake. Cheese cake memang dia tak gemar , aku je gemar cheese cake.ha ha ha .Jadi haruslah order untuk aku cheese cake.

Budak tak sihat bersama dengan budak yang tak sabar tunggu makanan tiba
 Sekarang ni aku dah  beralih arah kepada green tea dan chinese tea
selera orang tak sihat : )
 terbaek ; keknya  sedap serta mewah krim
 croissant tuna yang sedap
 sizzling chicken rosemary
Baru je habis makan kek terus makan chicken chop.Semenjak cuti sekolah ni nampak sangat badan dia dah berisi.
suami makan Thai laksa




Sekian saje cerita Jalan-jalan cari cafe aku  buat masa ni............................Lega makcik kelengkapan sekolah putera bongsu dah setel.Persiapan putera bongsu ku back to school akan ku ceritakan  malam ni, InsyaAllah. *puii putera bongsu konon*


Dari makcik peminat tegar tempe dan cheese cake





 iklan tak  berbayar

Address:
Fruity Cake Sdn Bhd,
No. 107, Lebuh Turi,
Off Persiaran Raja Muda Musa,
Taman Chi Liung,
41200 Klang, Selangor
Tel: 03-33731071 (Hunting line)

Branch:
Maju Junction Mall,
K02, Lower Ground Floor, 1001,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26925813







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 28 December 2012

Rozita KIV dulu cerita Pizza Hut ; Kejelitaan hak milik setiap wanita

 Bila   ramai yang dah  bising I memakai nama  Fasha Misha Paris , I  cecepat  tukar nama  kepada Rozita Che two  pulak .Seramnya   I dibaling dengan  telur busuk oleh   kelab sayangi  Fasha. Seriously  I spesis retis  yang  tak de masa nak sayangi retis.

Petang semalam I bersama  dengan sorang kawan opis  jalan-jalan kat Daiso. I rambang mata tengok semuanya comel dan cute  dan dijual dengan harga RM5  setiap satu barang.Rasa macam na beli dengan  kedai-kedai  sekali. Macam korang tak kenal dengan I ni, apa saje barang penjagaan wajah dan tubuh badan memang  sering membuat  I extra  teruja. Uolls tahukan I jelita *mata pandang atas tangan pegang dada*

Kebetulan plak masa kat Daiso  I terserempak dengan masker . I rembat sekali dua masker, harga setiap satu masker  satu pound sterling  I kirakan untuk korang dalam Ringgit Malaysia, uolls  ambil calculator  uolls tekan 1 tekan times and then uolls tekan  4.93 yeah yeah dapat jawapannya  RM4.93 lebih kurang RM5 alah kat Daiso  dah tentu  tentu  semua barang RM5 setiap satu  ha ha ha ha ha.

Rahsia kejelitaan  Rozita Che two seminggu tiga kali  I tepek masker .
Mask Hitam

Pure Moisture Mask Sheet






Sekian saje buat masa ni..................I tak boleh lepak kat sini lelama I ada shooting iklan produk baru naik apa ke nape losyen tu alah "losyen Fasha inchi kurang".




Dari Rozita Che Two,  wanita  yang sentiasa menjaga keterampilan diri......................









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Fasha Misha Paris gelak kuda

 I beli set untuk 4 persons 
Gerai buah yang menjadi tempat perteduhan I sementara menunggu abang jejai datang

Manis crazy crazy anggur ni
Anggur feveret abang jejai
 Fasha  spesis yang tak pandai pilih buah-buahan

Bukti yang  abang jejai suka makan buah-buahan tempatan dan obersea; buah kelapa pun dia tala , belah sendiri gitu.


Balik dari sesi interview untuk majalah glam glamer  ,tetiba teringat pulak  janji -janji manis I  nak belikan pizza untuk anak I . Masa tu juge I paksa  abang jejai pecut motor Harley Davidson laju sikit almaklumlah hujan semakin lebat I takut selesema nanti kalau dah selsema tak de pulak produser filem yang nak bagi I job*akulah fasha sandha*.Sementara menunggu abang jejai I sempat lagi  beli  sekilo anggur untuk abang jejai kesayangan sekilo ciku pulak untuk I........ Anggur wajib  feveret abang jejai tu (rahsia kulit gebu abang jejai). I suka  layan buah-buahan supaya  kulit I jadi  halus mulus. *sendiri taip sendiri muntah*


Berbalik pada cite Pizza Hut ; Sampai je Pizza hut , I jerkah manja sorang  budak lelaki yang jaga kaunter "Semalam I contact  sini , apasal dorang bagitau yang Pizza Hut ni  tak cover kawasan rumah I .Rumah I  dekat sini  sini je , dekat sangat sampai I kentut kat rumah , u boleh dengar  kat sini".*baca boleh percaya jangan* "Maaflah kak Pizza Hut ni memang tak  cover kawasan rumah akak tu,kawasan  tu  Pizza Hut kelang yang cover,"sambil tangannya laju mengambil order.  "apa tak cover?ha ha ha huk huk huk huk haih geli hatinya I  dengar." Masa tu I gelak dah bunyi macam kuda. Sukanya Marsha Milan Londoh dengar jawapan budak kaunter tu. Selamba je kan.Bertambah kelakar bila budak kaunter tu  cakap  "kak ! saya tak tahu sangatlah pasal ni, sebenarnya saya kerja cawangan Pizza Hut  tempat lain."  "Budak ni betul-betul menimbulkan kemarahan.Nasib baik pizza tak de kat tangan," kata Fasha dalam hati.


Atas motor Harley Davidson  dalam perjalanan balik dari Pizza hut "Fasha ,boleh abang tanya sesuatu?" "apa dia ?, tanyalah."  Dan yang pasti Fasha menunggu  soalan cepu emas dengan debaran di hati  "Semalam fasha ada bagitau abang yang Pizza Hut  buat hal.Apasal masih beli Pizza Hut ?kenapa tak beli  pizza domino je?" "hua hua hua ,argh abang jejai ni potong stim je," kata  Fasha dalam hati.





Sekian saje cerita Buah-buahan dan pizza hut untuk kali ni,  cerita Pizza hut akan di sambung sebentar lagi.tungguuuuuuuu



Dari Fasha Misha Paris, adik ke tiga Fasha Sandha sepupu kepada Misha Omar dan dan dan dua pupu kepada Paris Hilton




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 27 December 2012

Aktiviti Fasha misha paris bersama anak-anak ; aktiviti pompuan-pompuan; beli barang pompuan

Biar gambar bicara sendiri . Hari ni aku kehilangan kata-kata.Entahlah, banyak perkara yang bermain difikiran ni.Fikiran aku menerawang memikirkan sesuatu. Kini apa yang aku takuti hampir terjadi.Tetiba aku teringat alunan  lagu ombak rindu

"Tuhan tolong lembutkan hati mereka"









 

 



Sekian saje cerita bergambar aku hari ni......


Dari makcik yang kebuntuan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday 26 December 2012

Apa kata peminat tegar pizza Hut ; sila cover kawasan kami, sila cover kawasan kami ; sambil bawak sepanduk


Kejadian pelik tapi   benar, ia  berlaku pada petang 25 December 2012  tapi lokasi perumahan  terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu*bajet akulah beyond knowles* Tetiba jauh hati dengan Pizza Hut , mungkin lepas ni I kena  sayang  Domino Pizza ketat-ketat



  
Suri Rumah
Kondo  Sri Sireh dan pinang tua


Semenjak boleh menempah  Pizza Hut melalui telefon ni ,  sangat membantu  makcik yang tengah sakit lutut dan siku  ni dalam pada masa yang sama   cucu plak tengah kelaparan , masa ni lah makcik  main tekan-tekan nombor  pizza hut.  bak kata pizza straight to your door dalam masa 30 minit , pizza yang makcik order pun sampai. panas dan sedap gitu *tetiba makcik jadi hip hop* Makcik puas hati sangatlah dengan servis penghantaran  pizza hut.I love  Pizza Hut ketat-ketat.


***************************************


Fasha Misha Paris
Model sambilan cum pramugari
Banglo Semi D *bajet banglo semi D je*
Taman Sri Sireh dan pinang muda(bersebelahan dengan kondo Sri  Sireh dan pinang tua)


I bengang sangat dengan Pizza Hut ni, You tahu tak? petang semalam lepas  balik dari sesi fotografi dengan sebuah majalah ,  I penat plus lapar,, anak I pun ngadu lapar .I terus teringat pizza hut pada mulanya I  order online tapi kena reject kemudian I terus call  no pizza hut kasihan I kena reject lagi dorang  suruh I call pulak pizza hut berdekatan kawasan rumah I .I pun call tapi kena reject , dorang kata pihak pengurusan  tak cover kawasan rumah I ni. (dalam hati I bapak kau (your father))Seriously I tak puas hati, I am very very sad to hear pizza hut tak cover kawasan rumah I tapi boleh plak  cover kawasan  kondo bersebelahan yang tak sampai 2 km dari kawasan rumah I ni. Macamlah nak pergi kawasan rumah I ni dorang kena daki bukit, gunung ganang atau menyeberang sungai. menciknya .Kasihannya  dengan anak  I, excited tunjuk gambar pizza kat website pizza hut.The moral of the story pihak pengurusan pizza hut sila cover kawasan yang bersebelahan dengan kawasan yang anda cover.hurmmmm.



Set idaman kalbu anak fasha ; gambar yang membuktikan anak fasha suka  sangat makan pizza hut







Sekian, terima kasih



Saya Fasha Arisha melaporkan untuk majalah pizza








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .







































barang berkualiti dengan harga berpatutan ; apa kata pengguna laundry bag Daiso

Makcik Ina Do Do Cheng
Penthouse Damansara  Height (ko mampu duk penthouse Damansara Height, nak penthouse je) *aku tersipu-sipu malu*

Material kainnya dan zip berkualiti, tahan lasak, payah nak koyak .Tak macam jenama XXXX tu dahlah mahal  baru  sehari dua pakai  dah koyak rabak dekat bahagian  zip. Masuk sebulan hancur berkecai.Gunakanlah laundry bag Daiso tanpa was was.

Anak makcik yang pompuan ni cakap bila membeli belah kat sini dia lupa dunia.Makcik cakap "tak pe ,biar lupa dunia  jangan lupa akhirat".Tetiba je makcik bercakap seperti  *undilah aku sebagai ustazah pilihan*

 Anak makcik yang sentiasa happy bila dapat membeli belah di sini 
 Zip berkualiti
 Puas hati sangatlah dengan kualiti laundry bag daiso 
Sila baca sekiranya anda faham . Pilihlah laundry bag bersize 60 x 60 cm(itu je aku faham)



Sekian saje cerita aku buat masa ni.


Dari makcik yang amat menyukai barang berkualiti dengan  harga berpatutan.*dasar kedekut*





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday 22 December 2012

Saya bukan makcik MLM apatahlagi makcik skim pelaburan emas atau skim cepat kaya

Makcik yang naif memang susah nak percaya benda-benda yang  boleh membuatkan seseorang menjadi kaya raya dalam masa 24 jam. Makcik yang naif   hanya percaya yang seseorang boleh menjadi kaya raya dengan menjual kuih muih atau segala benda yang halal di dunia ni. Itu je makcik nak bagitahu.InsyaAllah makcik tetap pendirian biar makcik miskin nama makcik nak percaya segala macam  skim  yang ada kat muka bumi ni  lamabatlah nampaknya.full stop.

Meh aku nak bagitahu  barang baik punya barang penjagaan badan untuk budak atau orang dewasa yang badan mereka kerap mengalami kegatalan kulit. Layan gambar anak-anak aku  dulu  last sekali  baru layan barang baik tu ye.
Masa Firdaus mula -mula sampai kat tempat ni dia termalu-malu mungkin sebab dah besar kot.
pelan-pelan kayuh
Budak darjah satu cuba nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
Jamu mata sambil jamu selera
Akak dan abang sedang memberi sokongan kepada adik
Good morning Malaysia
monyet ke apa ni?
Mesyuarat tergempar
1 Malaysia , ye ke?
Tak senonoh anak aku ni dilambaknya barangan mandian sebamed di situ.Sila percaya yang aku bukan makcik MLM.
Ya,mak tahu tu  barang penjagaan badan   Sebamed  memang terbaek, anak ku.*baca  dengan intonasi suara Tengku Maria Tengku Sabri)
Anak ku ko ingat ini tempat  perkelahan ke?
Gembiranya budak yang pada awalnya tadi malu, haish geram aku.

Sila abaikan parut nakal  di dahi kanan yuyi.  Pada masa kecilnya dia  memang seorang budak yang aktif .


Sekian saje cerita   sebamed barang baik punya.


Dari makcik yang mempunyai anak yang mempunyai eczema





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 21 December 2012

Hadiah krismas kot................






 Gambar scanner ni adalah imiginasi  tuan punya blog semata-mata, gambar scanner sebenar memang hazab.




Inilah berkat kesabaran aku setelah mengharungi pelbagai onak dan duri akhirnya  sempena christmas day yang tak lama lagi akan menjelang biskut empat segi dengan bangganya I wish you christmas day jeng jeng hadiahkan aku  scanner yang dah separuh abad orang kata hidup segan mati je tak mahu.Lihatlah dunia, penuhlah blog aku nanti dengan gambar atuk nenek  dan  saudara mara aku  di era zaman  60an-90an tak pun zaman retro.Inilah   orang -orang tua   kata pucuk dicita ulam yang mendatang.................


 Sekian saje cerita aku dan scanner


Dari seorang pekerja yang tak  tahu dan tak pernah mengunakan scanner



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

makcik Rosie sentiasa di hatiku ; I love u sampai mati

Aku sebatang kara di dunia ni.  Masa mula-mula dulu menjadi sebatang kara memanglah sedih tapi nasib baiklah suami, anak-anak  dan blog sentiasa berada di sisi aku menjadi  peneman di kala suka dan duka .  Lagi lagilah sekarang ni  10 kali ganda aku gembira cer teka cer teka kenapa?Makcik Rosie punca bagi semua kegembiraan ni.3 hari lepas kami dipertemukan secara tidak sengaja di sebuah kedai berhampiran dengan rumah aku.Seriously  aku sangat gembira dengan pertemuan ini.
Percubaan yang  tak menjadi
 Nampak di situ betapa gembiranya wajah Firdaus dapat menyuap roti yang disapu butter  dan kaya makcik rosie

Makcik Rosie you are the best -manis yang sedang-sedang saje  serta lemak berkrim tu yang membuat  aku tertawan kepada mu : ) *jangan sepak aku sampai london*


Sekian saje serba sedikit tentang makcik rosie kesayangan ku..


Dari makcik yang tak  pernah lupa menglike facebook Fasha Sandha 







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )